Polis Rangka SOP Khusus Untuk Liputan Perhimpunan

Diterbitkan: Rabu, 8 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memutuskan tidak lama lagi mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) berhubung kaedah yang harus diambil bagi menangani petugas media ketika membuat liputan sesuatu perhimpunan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata SOP itu, yang akan diumumkan sebulan daripada sekarang akan dirangka dengan mengambil kira pandangan dan cadangan petugas media yang pernah membuat liputan berkenaan seperti ketika perhimpunan yang ditunjangi pembangkang 28 April lalu.

"Polis dan media perlu duduk bersama bagi membincangkan SOP ini. Kami mahu anda (media) datang dan beri beberapa cadangan kepada kami. Kami mahu dengar sendiri daripada wartawan.

"Kami perlu sedikit nasihat, jadi kami mahu mendengarnya daripada anda. Saya rasa ini yang terbaik kerana anda berada di sana, melihat apa sebenarnya yang berlaku ketika itu (Perhimpunan 28 April)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Jalinan Ramadan 2012 bersama pasukan keselamatan anjuran Pergerakan Wanita Umno, di sini, Selasa.

Beliau mengulas laporan Panel Siasatan Bebas mengenai perhimpunan itu yang mendapati tiadanya SOP di kalangan pasukan polis menjadi punca berlakunya insiden wartawan dan jurufoto mendapat kecederaan.

Panel itu yang dipengerusikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar dalam pembentangan laporannya pada 16 Julai lepas menyatakan tiadanya arahan daripada pihak atasan kepada anggota bawahan bagaimana hendak menangani pihak media yang bertugas menyebabkan setiap anggota polis secara individu mengambil keputusan di tangan mereka sendiri.

Sehubungan itu, Ismail menyeru mana-mana wartawan atau pengamal media yang secara tidak sengaja menjadi mangsa semasa membuat liputan perhimpunan itu untuk tampil memberikan pandangan dalam perbincangan yang bakal dijalankan supaya SOP yang bakal ditentukan kelak mampu memberi kepuasan kepada semua pihak.

Terdahulu dalam ucapannya, Ismail turut melahirkan penghargaan kepada Wanita Umno atas sumbangan bungkusan hari raya bagi diagihkan kepada pegawai dan anggota polis yang bertugas semasa Aidilfitri.

Pada majlis itu, 8,000 bungkusan kuih raya diagihkan kepada pasukan keselamatan membabitkan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan