Pemuda BN Guna Media Baru Dan Sosial Untuk Bina Rangkaian - KJ

Diterbitkan: Rabu, 8 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) pada Rabu melancarkan penggunaan media baru dan media sosial untuk membina rangkaian di kalangan penyokong parti itu.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata ia bukan bertujuan untuk menyerang parti pembangkang.

Kata Khairy, beliau yakin bahawa generasi muda kini lebih menumpukan pada pandangan, pendapat dan penyampaian maklumat tanpa mengaitkan dengan peperangan siber secara mutlak.

“Ia lebih kepada membina rangkaian supaya jika ada yang tertanya-tanya mengenai bagaimana hendak menjawab hujah-hujah daripada pembangkang, akan ada gelombang yang akan memberi penjelasan mengenai apa sahaja isu.

“Kita lakukan ini tanpa perlu kita serang pembangkang, kita memberi maklumat dan fakta bagi menjawab soalan kerana sebenarnya apa yang dibangkitkan oleh pembangkang adalah tidak betul,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas melancarkan ‘Pasukan Siber Pemuda Barisan Nasional’ (BNYCT).

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau dan ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia berpendapat, sekiranya ia dapat mewujudkan gelombang itu, maka pilihan raya umum (PRU) akan datang bakal memperlihatkan maklumat di alam siber tidak akan didominasi oleh pembangkang sebagaimana yang pernah berlaku dalam PRU sebelum ini.

“Dan pilihan raya (kali) ini akan menunjukkan kedudukan dan sokongan yang sebenar dan bagi saya, ia akan memihak kepada siapa yang bercakap benar,” kata beliau lagi.

Khairy menambah, walaupun generasi muda hari ini masih lagi bergantung pada media arus perdana tetapi terdapat trend di mana mereka mendapat maklumat daripada sumber media sosial.

“Jadi, BNYCT adalah satu platform sukarelawan untuk generasi muda bersama kita dalam menyampaikan maklumat menerusi media sosial dan media baru.

“Hakikatnya, persekitaran belia sudah berubah di mana kita kena pastikan pandangan dan pendapat daripada penyokong BN dan Pemuda BN yang sebenarnya ramai. Kita kena bagi saluran yang mudah untuk mereka,” katanya.

Ketika ditanya mengenai sasaran bilangan pengikut BNYCT nanti, Khairy berkata: “Saya tidak menetapkan sasaran dari segi bilangan buat masa ini tetapi penyertaan terbuka kepada semua.”

Pasukan Siber Pemuda Barisan Nasional atau BNYCT diketuai oleh Pengerusinya, Tun Faisal Ismail Aziz yang juga merupakan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Beberapa program telah pun dirangka menerusi BNYCT bagi menghadapi PRU ke-13, yang bermula dengan pelancaran jenteranya pada Rabu, diikuti dengan Program Maklumat Pendampingan Siber Pertama melibatkan pasukan siber pusat.

Program seterusnya ialah pelancaran Makmal Pendampingan Siber Kedua oleh pasukan siber peringkat negeri dan kemudian Simulasi Pendampingan Siber PRU-13 pada September.

Mereka yang mahu menyertai BNYCT, boleh mendaftarkan diri dengan menyertakan butiran peribadi ke e-mel byycyberteam@gmail.com atau melalui laman sosial Facebook (BN-Youth-Cyber-Team) dan Twitter (@BNYouthCyberTeam) serta blog (http://bnycyberteam.blogspot.com).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan