Panel Penasihat Bebas Mahu Berjumpa Majlis Peguam Dan Ambiga

Diterbitkan: Rabu, 8 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengerusi Panel Penasihat Bebas, Tun Mohammed Haniff Omar bersama ahli panel Penasihat Bebas, Tan Sri Nik Hashim Nik Ab Rahman (kiri) selepas mempengerusikan mesyuarat Panel Penasihat Bebas Berhubungan Dengan Perhimpunan di Dataran Merdeka Pada 28 April 2012.-fotoBERNAMA
Pengerusi Panel Penasihat Bebas, Tun Mohammed Haniff Omar bersama ahli panel Penasihat Bebas, Tan Sri Nik Hashim Nik Ab Rahman (kiri) selepas mempengerusikan mesyuarat Panel Penasihat Bebas Berhubungan Dengan Perhimpunan di Dataran Merdeka Pada 28 April 2012.-fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Panel Penasihat Bebas mengenai kejadian rusuhan berikutan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas pada Selasa menghantar surat kepada Majlis Peguam dan Pengerusi Bersih Datuk S Ambiga untuk mengadakan perjumpaan bagi membincangkan apa yang berlaku pada hari tersebut.

Pengerusi panel Tun Hanif Omar berkata langkah itu antara usaha panel bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian pada hari itu, malah kedua-dua pihak boleh memilih tempat dan waktu mengadakan perjumpaan mengikut keselesaan mereka.

"Harapan saya kedua-dua pihak dapat menerima cadangan supaya panel ini dapat bersemuka dengan mereka memandangkan mereka adalah peserta utama dalam apa yang telah berlaku.

"Rasanya kalau tak dapat mendengar daripada mereka sendiri tak begitu sempurnalah laporan yang akan kami buat kemudian hari," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat ke-10 panel itu di sini, Selasa.

Hanif berkata tujuan perjumpaan itu juga bagi membolehkan panel itu memberi cadangan bagi memperbaiki prosedur pengendalian perhimpunan pada masa akan datang, serta mendengar daripada pihak terbabit sebarang masalah dan keperluan bagi mengadakan perhimpunan.

Dalam pada itu, Hanif berkata setakat ini panel tersebut telah mendengar keterangan daripada kira-kira 50 saksi kejadian, termasuk empat pada hari ini iaitu seorang anggota polis, dua jurugambar media dan seorang penuntut universiti kursus fotografi.

"Kami semakin memahami senario pada hari itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan