Orang Ramai Mahu Manoharan mohon Maaf Secara Terbuka

Diterbitkan: Rabu, 8 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah M. Manoharan yang mempersenda kekalahan tipis Datuk Lee Chong Wei di Olimpik London Ahad lepas, terus menerima kritikan rakyat Malaysia walaupun beliau sudah memohon maaf menerusi laman twitter pada Selasa.

Pemerhatian Bernama mendapati banyak pengikut laman sosial itu masih lagi mengkritik tindakan pemimpin DAP berkenaan dan mahu Manoharan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, bukan sekadar melalui twitter sahaja.

Seorang pengikut twitter berkata, Manoharan sebagai rakyat Malaysia perlu belajar menghargai atlet-atlet negara.

"Rakyat Malaysia yang sebenar tidak akan mengutuk atlet-atlet kita yang berjaya," katanya menerusi akaun twitter @mahes_sp.

Tidak kurang juga yang kesal dengan tindakan pemimpin itu mengeluarkan kenyataan sedemikian dan seterusnya menjadi ikutan rakyat yang lain hari ini.

"Anda patut lihat bagaimana rakyat Malaysia mengejek anda selepas anda mengejek negara anda sendiri," menurut akaun twitter @Leezykrauff.

Pengguna akaun twitter @Singhamlyer juga mempunyai pendapat yang sama.

"Ada yang dungu mula ikut gaya @mmanoADUN. Cakap Mengarut Hari Ini, Esok Minta Maaf," katanya.

Namun begitu, Manoharan masih belum dilihat membalas komen-komen yang dilontarkan terhadap beliau menerusi laman sosial itu.

Satu akaun laman sosial facebook atas nama 'Kami tuntut Manoharan Malayalam mohon maaf kepada Lee Chong Wei' yang didaftarkan sejak tiga hari lepas turut mendapat sokong 6,148 orang setakat ini.

Pada Selasa, Manoharan menerusi akaun twitternya @mmanoADUN berkata beliau kesal dengan komen-komen yang dibuat beliau dan memohon maaf dengan tulus ikhlas kepada Chong Wei dan keluarganya.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata kenyataan itu sengaja dikeluarkan oleh Manoharan untuk mendapatkan publisiti.

"Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya, walaupun Manoharan mohon maaf terhadap Lee Chong Wei, namun dia sengaja buat hal untuk popularkan diri.

"Sepatutnya beliau berjumpa dengan Lee Chong Wei dan keluarganya dan memohon maaf secara terbuka dan kepada seluruh rakyat Malaysia di atas sikap biadab dan kurang ajar, bukan meminta maaf menerusi twitter," katanya kepada Bernama, pada Rabu.

Beliau turut menyifatkan pemimpin DAP itu sebagai tidak layak untuk memimpin kerana tidak mempunyai ciri-ciri berhemah. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula berharap agar Manoharan mengambil perkara itu sebagai iktibar dan tidak mengulangi perbuatan sedemikian. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan