Negeri Pakatan Rakyat Guna Tiga Tema Hari Kebangsaan Berbeza

Diterbitkan: Rabu, 8 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat yang menguasai beberapa negeri menggelakkan daripada penggunaan tema sambutan Hari Kebangsaan iaitu ‘Janji Ditepati’ yang kini masing-masing menggunakan tema pilihan mereka.

Terdapat tiga tema di kalangan empat negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, dan majlis setiausaha Pakatan telah membenarkan setiap daripadanya untuk digunakan sebagai tema, logo dan lagu.

Tema sambutan Hari Kebangsaan bagi Kelantan ialah ‘Menerajui Perubahan’, Kedah memilih ‘Terus Berbakti’ manakala Pulau Pinang dan Selangor berkongsi tema yang sama iaitu ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’.

Bercakap mewakili Pakatan, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Kedah dan Kelantan diberi persetujuan untuk menggunakan tema masing-masing sebelum para pemimpin Pakatan tampil dengan tema yang bersesuaian dengan gabungan parti pembangkang itu.

“Kami menghormati keputusan yang dibuat oleh Kedah dan Kelantan,” katanya selepas mesyuarat majlis setiausaha di sini, Selasa.

Mustafa berkata, ia menunjukkan semangat demokrasi yang masih hidup dalam Pakatan Rakyat kerana negeri-negeri diberikan kebebasan untuk memilih tema mereka sendiri.

Logo bagi Pakatan akan diumumkan pada Khamis manakala Kedah dan Kelantan bebas untuk membuat keputusan mengenai logo mereka sendiri dengan tema yang dipilih, sambil menambah bahawa Pakatan dalam proses pemilihan lagu Merdeka.

“Kami mempunyai dua atau tiga lagu untuk dipilih. Kami belum putuskan lagi,” katanya.

Mustafa berkata, negeri-negeri Pakatan Rakyat memilih alternatif itu berikutan tema, logo dan lagu yang dipilih oleh Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Kerajaan Persekutuan adalah bukan untuk semua.

“Lagu dan tema Merdeka seharusnya mencerminkan semangat patriotik,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan