Mubarak Cadang Serah Memorandum Penstrukturan Kadar Pencen Kepada Kerajaan

Diterbitkan: Rabu, 8 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) bercadang menghantar memorandum berhubung status pemberian dan penstrukturan semula pencen ahli-ahlinya kepada kerajaan tidak lama lagi.

Presiden Mubarak Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar berkata memorandum tersebut mengandungi tiga tuntutan berhubung kadar dan struktur pencen yang wajar diterima oleh kesemua 702 ahli Mubarak di seluruh negara.

"Tuntutan Mubarak meliputi struktur pencen, penyelarasan kadar pencen dengan kakitangan kerajaan dan kebajikan bekas-bekas wakil rakyat," katanya kepada Bernama selepas mesyuarat kali ke-2 Jawatankuasa Penambahbaikan Faedah Persaraan Mubarak, di sini, Rabu.

Menjawab berhubung kewajaran penstrukturan semula kadar pencen beliau berkata ia disebabkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 yang dilihat tidak lagi relevan untuk digunapakai pada masa ini.

"Mengikut akta 237, 1980, wakil rakyat hanya layak menerima kadar pencen penuh sekiranya berkhidmat selama 72 bulan yakni enam tahun...Tetapi realitinya terdapat ramai bekas wakil rakyat dan juga exco yang hanya berkhidmat tidak sampai satu penggal atau lima tahun saja," katanya. Abu Hassan memaklumkan bahawa perbincangan dengan kesemua cawangan Mubarak di seluruh negara mengenai penambahbaikan pencen itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Selepas itu perbincangan lanjut bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bagi fasa terakhir sebelum memorandum itu dikemukakan kepada kerajaan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan