Kerajaan Kumpul Maklumat Kes Warganegara M'sia Diculik Di Nigeria

Diterbitkan: Rabu, 8 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia sedang mengumpul maklumat berhubung kes penculikan seorang rakyat Malaysia oleh kumpulan bersenjata api di Nigeria pada Sabtu lepas.

Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay berkata, setakat ini belum ada perkembangan terkini berhubung kes warga Malaysia dan tiga lagi warga asing diculik, susulan serangan maut ke atas kapal milik sebuah syarikat perkhidmatan minyak di Teluk Guinea.

"Kedutaan Malaysia di Abuja sedang memantau rapi perkembangan kes ini," katanya kepada pemberita selepas upacara menaikkan bendera sempena Hari Asean ke-45, di sini pada Rabu.

Agensi berita asing telah melaporkan sekumpulan lelaki bersenjata api menyerang dua kapal milik Sea Trucks Group yang menyediakan perkhidmatan kapal sokongan untuk syarikat minyak dan gas di Nigeria, kira-kira 35 batu nautika dari Delta Nigeria, kawasan pantai yang kaya minyak.

Kawasan delta itu yang sebelum ini sinonim dengan serangan ganas penjenayah serta insiden culik dilihat semakin tenang susulan program pengampunan oleh kerajaan beberapa tahun tahun lepas.

Ketika serangan awal pagi Sabtu itu berlaku, dua anggota tentera laut yang mengawal kapal berkenaan terbunuh, dua lagi cedera manakala dua selamat.

Selain rakyat Malaysia, seorang masing-masing rakyat Indonesia, Iran dan Thailand turut menjadi mangsa culikan kumpulan itu.

Jurucakap Sea Trucks Group, Corrie van Kessel dilapor berkata, syarikat itu menumpukan usaha untuk membebaskan tebusan.

Biro Maritim Antarabangsa dalam laporannya bulan lepas menyatakan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 32 insiden serangan lanun di Teluk Guinea direkodkan berlaku berbanding 25 kes tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan