Kad Diskaun Untuk Anggota Polis Dan Tentera - Berita Semasa | mStar

Kad Diskaun Untuk Anggota Polis Dan Tentera

Diterbitkan: Rabu, 8 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan kad 1Malaysia Privilege Card selepas melancarkannya di Putrajaya, Selasa. Turut sama (dari kiri) Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa.-fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa melancarkan 1Malaysia Privilege Card untuk anggota pasukan polis dan tentera.

Sejumlah 241,000 pegawai dan anggota yang berkhidmat akan menerima kad yang menawarkan diskaun antara lima peratus dan 25 peratus.

Setakat ini 20 syarikat termasuk Proton, BHP dan Genting telah mendaftar untuk menawarkan diskaun.

Najib berkata inisiatif itu untuk mengiktiraf pengorbanan dan komitmen anggota polis dan tentera.

Beliau berkata dengan diskaun yang ditawarkan, ia akan membesarkan pendapatan boleh guna mereka.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan