Kad Diskaun Bantu Kurangkan Kos Perbelanjaan Barangan Keperluan Harian

Diterbitkan: Rabu, 8 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Potongan diskaun yang diberikan kerajaan dalam skim 1Malaysia Privellege Card kepada anggota pasukan keselamatan merupakan satu langkah penjimatan dan mampu mengurangkan kos perbelanjaan harian.

Pengerusi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) Tan Sri Ilyas Din berkata anggota badan keselamatan dapat memanfaatkan kelebihan ini untuk digunakan semasa membeli keperluan asas harian seperti barangan dapur.

"Banyak yang perlu dibeli untuk dimasak atau digunakan dan kebanyakan mereka membeli dalam jumlah yang banyak mengikut keperluan masing-masing.

"Lagi bagus kalau dapat dikembangkan kepada pasar raya lain lagi sebab tumpuan perbelanjaan memang di pasar raya dan bukannya kedai runcit," katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

Kerajaan semalam memperkenalkan satu lagi inisiatif terbaru bagi meringankan beban anggota polis dan tentera dengan melancarkan kad '1Malaysia Privilege Card' khusus buat 241,000 anggota dan pegawai kedua-dua pasukan itu.

Inisiatif ini membolehkan pemegang kad berkenaan mendapat diskaun antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira-kira 20 syarikat yang mengambil bahagian.

Ia membolehkan pemegang kad menikmati diskaun dalam pelbagai perbelanjaan barangan keperluan harian, alat sukan, alat ganti kenderaan, perhotelan, barangan kesihatan dan banyak lagi, yang senarai syarikat mengambil bahagian serta tawaran-tawaran mereka boleh disemak di portal berkenaan.

Kad itu akan diagihkan kepada tiga peringkat di mana peringkat pertama membabitkan tentera beruniform, pegawai dan anggota polis, peringkat kedua kepada pegawai bersara dan peringkat terakhir kumpulan lain yang terlibat dalam kategori perkhidmatan yang akan ditentukan kelak.

Ilyas mencadangkan agar langkah ini diperluaskan kepada agensi lain seperti pasukan bomba dan penyelamat dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang turut mengerah kudrat demi mempertahan keselamatan negara.

Beliau turut menyifatkan pemberian kad diskaun ini satu pengiktirafan jasa dan pengorbanan pahlawan negara.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia Shafie Bakri berkata usaha kerajaan ini secara tidak langsung dilihat sebagai satu usaha menghargai penat lelah mereka yang setia berkhidmat demi keamanan dan keselamatan negara.

"Tugas mereka tidak mengira waktu termasuk pada musim perayaan. (langkah pemberian kad ini) cukup dialu-alukan.

"Pada kita, ia satu lagi langkah kerajaan secara proaktif bagi meringankan beban menampung perbelanjaan harian," katanya.

Menerusi kad ini, kata Shafie, penjimatan dapat dilakukan dalam perbelanjaan khususnya pada musim perayaan.

Hasil potongan diskaun ini, anggota pasukan keselamatan negara juga boleh menabung untuk jaminan masa depan keluarga masing-masing. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan