DRB-Hicom Labur Lebih RM1 Bilion Rancakkan Pembangunan Proton City

Diterbitkan: Rabu, 8 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: DRB-Hicom Bhd akan merancakkan pembangunan kawasan bandar automotif dan pusat pengeluaran kereta, Proton City di Tanjung Malim, dekat sini dengan pelaburan semula lebih RM1 bilion bagi tempoh lima tahun akan datang.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ketika ini, hanya 30 peratus daripada kawasan seluas 1,618 hektar itu telah dimajukan. "Projek di Tanjung Malim itu (Proton City) akan menjadi (satu lagi) mercu tanda di negeri ini setelah terbiar begitu lama," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, Rabu.

Katanya Proton City yang kini menempatkan pusat pemasangan kenderaan Proton dibangunkan pada 1996.

Zambry berkata kerajaan negeri telah berbincang dengan DRB-Hicom berhubung cadangan pembangunan kawasan berkenaan.

Beliau berkata pelbagai infrastruktur akan disediakan di kawasan itu termasuk cadangan pembinaan jalan susur keluar ke Proton City dari Lebuhraya Utara-Selatan.

"Kita berharap jalan susur keluar ke Proton City dapat dibina bagi memudahkan urusan membawa keluar kenderaan daripada kawasan itu. Kita harap perkara ini dapat dipertimbangkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)," katanya.

Menurutnya, kawasan itu juga akan dimajukan dengan pembinaan sekolah dan pusat komersil dan memberi nilai tambah kepada kawasan berkenaan yang kini turut menempatkan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan