Sultan Perak Selamat Jalani Pembedahan Bahu Di London

Diterbitkan: Selasa, 7 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sultan Perak Sultan Azlan Shah selamat menjalani pembedahan bahu di sebuah hospital di London pada 30 Julai lepas.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Setiausaha Sulit kepada Sultan Perak Kol (B) Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor berkata baginda mengalami kegeringan di bahu ketika berada di London.

Katanya keberangkatan baginda ke London pada 23 Julai adalah bagi menyempurnakan tanggungjawab sebagai Ahli Lembaga Rayuan acara hoki Olimpik London 2012 dan menghadiri Mesyuarat Lembaga Eksekutif Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) atas kapasiti baginda sebagai Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF) yang dijadual berlangsung pada 8 Ogos ini.

Beliau berkata baginda akan terus berada di London untuk menjalani rawatan pasca pembedahan dan berangkat kembali ke tanah air apabila dinasihatkan sesuai berbuat demikian oleh pakar perubatan yang merawat baginda.

"Sama-samalah didoakan semoga baginda dilimpahkan rahmat dari Ilahi untuk segera pulih dan kembali berada dalam keafiatan," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan