Rumah Mendiang Loga Alleycats Terbakar

Diterbitkan: Selasa, 7 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyanyi utama kumpulan Alleycats, Datuk David Arumugam dengan perasaan sedih memerhatikan rumah adiknya mendiang Datuk A.Loganathan (bekas penyanyi Alleycats) yang musnah dalam satu kebakaran di Jalan Azyze, Tanjung Bungah, P.Pinang. Manakala isteri mendiang Datuk Loganathan, Datin Susan Loganathan (tengah) sedang ditenteramkan oleh jirannya.
Penyanyi utama kumpulan Alleycats, Datuk David Arumugam dengan perasaan sedih memerhatikan rumah adiknya mendiang Datuk A.Loganathan (bekas penyanyi Alleycats) yang musnah dalam satu kebakaran di Jalan Azyze, Tanjung Bungah, P.Pinang. Manakala isteri mendiang Datuk Loganathan, Datin Susan Loganathan (tengah) sedang ditenteramkan oleh jirannya.

GEORGE TOWN: Tingkat atas rumah dua tingkat milik mendiang Loganathan Arumugam atau lebih dikenali sebagai Loga daripada kumpulan popular, Alleycats yang terletak di Tanjung Bungah musnah dalam kebakaran pada Isnin.

Balu mendiang, Datin Susan Loganathan, 56, berkata dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, beliau dan adik lelakinya sedang berehat di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan dan melihat kepulan asap di tingkat atas kediamannya.

"Saya hanya tinggal berdua dengan adik saya, Kevin Jonathan Boudville, 46, dan sebaik sahaja melihat asap itu itu kami segera mencapai dokumen penting dan terus keluar dari rumah," katanya kepada pemberita.

Beliau yang mengalami kecederaan ringan pada tangan dan sedikit rambutnya terbakar, berkata tingkat atas kediamannya yang menempatkan koleksi piring hitam nyanyian mendiang suaminya sejak tahun 1980-an dan pelbagai barangan berharga seperti barang kemas serta wang tunai hangus dijilat api.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana kenangan bersama suaminya seperti gambar kenangan, trofi dan pelbagai anugerah mendiang yang diletak di tingkat bawah tidak terjejas.

Abang mendiang, Datuk A. David yang turut melawat lokasi kejadian berkata kali terakhir beliau berkunjung ke rumah adiknya pada tahun lepas.

"Sudah 12 tahun mereka menyewa di sini dan rumah itu menyimpan pelbagai kenangan berharga adik saya," katanya sebak.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Bagan, Jermal, A. Ravi, berkata sebanyak 29 anggota bomba dan enam jentera dihantar ke tempat kejadian sejurus menerima laporan pada pukul 11.18 pagi.

"Bomba turut menyelamatkan tiga ekor anjing yang terperangkap dalam kebakaran dan api merebak sedikit ke rumah jiran namun dapat dikawal sepenuhnya dalam tempoh 15 minit," katanya.

Beliau berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan