PR Ramal PRU13 Diadakan September Atau November Ini - Mustafa

Diterbitkan: Selasa, 7 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (PR) meramalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengambil kesempatan mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Najib akan mengumumkan tarikh pilihan raya umum pada sambutan hari kemerdekaan namun PRU13 mungkin akan diadakan pada September atau November depan.

Beliau berkata, PR telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya ini walaupun tarikhnya masih menjadi tandatanya semua pemimpin politik.

"Najib akan ambil kesempatan dengan Hari Kemerdekaan kali ini untuk memulihkan kembali imej dan umumkan tarikh PRU.

"Apa pun tarikh PRU, kita (PR) telah bersedia untuk menghadapinya," kata beliau pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Setiausaha Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di sini pada Selasa.

Spekulasi mengenai PRU13 akan diadakan tidak lama lagi bertiup kencang apabila Perdana Menteri mengumumkan Bajet 2013 akan dibentangkan pada 28 September ini - tidak sepertimana kebiasaan iaitu pada pertengahan Oktober.

Justeru, ramai yang menjangkakan Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen beberapa minggu lagi untuk diadakan pilihan raya pada bulan September atau November ini.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan