Perlekeh Chong Wei Di Twitter: DAP Tidak Akan Ambil Sebarang Tindakan

Diterbitkan: Selasa, 7 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: DAP tidak akan mengambil sebarang tindakan disiplin ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) M Manoharan atas tindakannya memperlekeh kekalahan pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dalam perlawanan akhir Sukan Olimpik 2012 malam Ahad lalu.

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata parti itu tidak perlu mengambil sebarang tindakan ke atas wakil rakyat DAP itu kerana beliau telah memohon maaf secara terbuka terhadap Chong Wei di laman twitter miliknya.

"Tiada sesiapa pun dalam DAP yang bersetuju dengan tindakan Manoharan. Pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang turut menghantar mesej menyokong Chong Wei walaupun dia tewas.

"Kita lihat kenyataan Manoharan bersifat peribadi dan tidak ada kena-mengena dengan DAP. Kita ikhlas dan hargai sumbangan dan kerja keras Chong Wei membawa pingat perak Olimpik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat pada Selasa.

Pada Selasa, Manoharan memohon maaf kepada Chong Wei berhubung kenyataannya yang memperlekehkan pemain badminton negara itu.

Permohonan maaf Manoharan berikutan kenyataan yang dikeluarkan di Twitter milik beliau yang memperlekehkan kekalahan Chong Wei ke atas pemain China, Lin Dan dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik di London.

Manoharan dalam tulisannya di Twitter pada tengah hari Selasa memohon maaf kepada Chong Wei dan keluarganya berhubung dengan kenyataan yang dikeluarkan di laman sosial itu pada Isnin.

Antara tulisan Manoharan yang memperlekeh Chong Wei di Twitternya adalah: "Malaysia akan menang pingat emas pertama di Olimpik selepas Pakatan mengambil alih Putrajaya."

"Jika Chong Wei bermain lebih baik dari Lin Dan, mengapa dia tidak menang? Kita perlu tegas dengan pemain kita supaya kita dapat memperoleh pingat emas satu hari nanti.

"Sesiapa saja yang menang pingat emas di Olimpik, kita perlu mengucapkan tahniah kepada mereka.

"Lin Dan begitu bergaya, moden. Tidak kelihatan seperti lelaki China tetapi berasal dari China.

"Lin Dan menang. Dia bermain lebih baik daripada Lee Chong AWAY."

Pengguna internet menubuhkan laman khas di Facebook dikenali 'Kami Tuntut Manoharan Mohon Maaf Kepada Lee Chong Wei' dan sehingga berita ini ditulis ia mendapatkan sokongan seramai 5,160 pengguna.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan