Perhilitan Sedia Bantuan Kepada Mangsa Serangan Binatang Liar

Diterbitkan: Selasa, 7 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Orang ramai yang menjadi mangsa serangan binatang liar dan berbisa di Kelantan boleh memohon bantuan daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri itu di bawah Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang.

Pengarahnya, Rahmat Topani berkata menerusi tabung itu pihak jabatan akan memberi bantuan antara RM250 hingga RM1,000 bagi mangsa yang mengalami kecederaan dan RM20,000 bagi mereka yang meninggal dunia.

"Sejak Januari hingga Mei lepas, pihak jabatan meluluskan bantuan lebih RM49,000 kepada orang ramai yang menjadi mangsa serangan dan gigitan binatang liar dan berbisa di seluruh negeri," katanya.

Beliau berkata kes terbaru pada 24 Julai lepas di mana tiga penduduk termasuk dua kanak-kanak dari Kampung Bendang, Pasir Puteh, cedera diserang seekor beruk betina dan dirawat di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.

Mangsa terbabit ialah Ahmad Nor Atiqullah Zahari, 3, Saidatina Aishah Mohd Faizul, 4, seorang wanita penghidap sindrom down, Norhidayah Wahida Mat Luwi, 21, yang cedera di beberapa bahagian badan termasuk kaki, tangan, kepala dan muka.

Rahmat berkata, binatang liar tersebut mati ditembak oleh renjer jabatannya selepas menerima laporan mengenai kejadian itu pada hari yang sama.

Katanya, Pada 5 Januari lalu pula seorang wanita, Esah Sederis, 50, dari Kampung Kandis Bachok meninggal dunia apabila diserang sekawan lebah.

Beliau berkata mereka yang ingin memohon bantuan menerusi tabung itu perlu menyediakan laporan polis, surat pengesahan hospital dan laporan mengenai tahap kecederaan dialami. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan