Pahang Sambut Baik Penubuhan Jawatankuasa Kaji Royalti Minyak - Berita Semasa | mStar

Pahang Sambut Baik Penubuhan Jawatankuasa Kaji Royalti Minyak

Diterbitkan: Selasa, 7 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Kerajaan negeri Pahang menyambut baik penubuhan Jawatanakuasa khas bagi mengkaji bayaran hasil petroleum bagi negeri-negeri di Pantai Timur.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata penubuhan jawatankuasa tersebut sekaligus boleh menyelesaikan segala masalah dan kontroversi yang selalu ditimbulkan kerajaan Kelantan.

"Kita perlu beri peluang dan masa bagi jawatanakuasa tersebut membuat kajian agar hasrat murni kerajaan pusat itu diterima dengan baik.

"Saya akan menghadap Sultan Pahang dalam tempoh terdekat bagi melantik wakil daripada kerajaan negeri untuk menganggotai jawatankuasa tersebut," katanya kepada pemberita di sini semalam ketika diminta mengulas mengenai penubuhan jawatankuasa itu yang diumumkan Perdana Menteri kelmarin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad turut dianggotai pakar undang-undang dalam dan luar negara dan wakil daripada tiga kerajaan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Jawatankuasa tersebut akan membuat kajian menyeluruh dalam tempoh enam bulan mengambil kira semua aspek tuntutan dan membuat syor kepada kerajaan pusat. Terdahulu Adnan merasmikan upacara pecah tanah Projek Pembangunan Baru Yayasan Maahad Tahfiz Quran Adnan Yaakob berharga RM2.9 juta dekat sini.

Katanya maahad itu yang ditubuhkan 10 tahun lalu mempunyai 32 pelajar yang kini menghuni di bangunan sementara.

Adnan yang juga penaung yayasan itu berkata bangunan baru setinggi empat tingkat itu apabila siap kelak, berupaya menempatkan 160 pelajar yang bukan sahaja mahir dalam bidang keagamaan malah bidang akademik. Ia akan dilengkapi dengan kemudahan seperti dewan, pejabat, blok asrama dan kelas tahfiz. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan