KTMB Laksana Inisiatif Pelan Pemulihan Tiga Tahun

Diterbitkan: Selasa, 7 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merancang untuk ‘megembalikan’ tiga tahun ‘kegelapannya’ bermula sekarang di bawah inisitiaf pelan pemulihan tiga tahun di mana termasuk meningkatkan meningkatkan aliran pendapatan daripada operasi sedia serta perniagaan baru.

Pelan pemulihan itu dirangka di bawah pimpinan presiden baru, Datuk Elias Kadir, yang baru-baru ini dilantik untuk membantu meneraju entiti yang mencatatkan kerugian, pada 2 Mei lalu.

Elias merupakan bekas ketua bahagian kargo KTMB.

Elias dikenali dalam syarikat tersebut kerana pendekatannya dalam operasi, yang merupakan pertama dalam sejarah, termasuk wakil-wakil daripada Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) dalam membincangkan pelan pemulihan itu.

Presiden RUM, Abdul Razak Md Hassan memberitahu StarBiz bahawa beliau difahamkan daripada pelan pemulihan itu merupakan pengurangan kerugian dalam dua tahun pertama dan mengembalikan keuntungan pada tahun ketiga.

“Secara amnya, KTMB mahu meningkatkan aliran pendapatan daripada ketiga-tiga perniagaannya iaitu kargo, komuter dan perkhidmatan antara bandar.

“Perniagaan ini akan dimajukan menerusi kecekapan yang dipertingkatkan, penyampaian yang tepat pada masa dan penambahan kereta api baru.

“Sebagai contoh, penyampaian tepat pada masa bagi Komuter KTM kami telah dipertingkatkan kepada 86 peratus daripada 17 peratus sejak pengambilalihan Elias.

“Pelan itu turut termasuk perniagaan baru seperti lebih banyak ruang runcit akan disewakan di stesen-stesen kami,” kata beliau.

Abdul Razak berkata, walaupun pelan pemulihan termasuk pendekatan pengurangan kos, ia akan mengekalkan manfaat kepada kakitangannya.

“Kami amat gembira kerana hubungan antara kesatuan dan pengurusan telah diperkukuhkan di mana ia menterjemahkan dalam peningkatan produktiviti di kalangan pekerja.

“Persekitaran kerja juga lebih sistematik dan telah menggerakkan kakitangan untuk bekerja dengan lebih baik,” katanya.

Pada masa ini, RUM mempunyai 3,600 ahli.

Sejak beberapa tahun, banyak pelan pemulihan telah menunjukkan percubaan yang sia-sia apabila diperjelaskan dalam pengumuman prestasi kewangan KTMB yang terbaru setakat Disember 2009.

Ia dilaporkan bahawa syarikat itu dapat mengaut keuntungan bersih antara RM9 juta dan RM15 juta dari 1993 sehingga 1995.

Tetapi selepas itu, ia mula mencatatkan kerugian RM116 juta pada 2007, RM84.6 juta (2008) dan RM92.6 juta (2009).

Kerugian itu dipengaruhi oleh kos operasi yang tinggi manakala mengekalkan kadar tambang rendah, dan penurunan mendadak dalam perolehan terbesar bagi penyumbang kepada perniagana pengangkutan itu.

Salah satu punca ia mengurangkan perniagaan pengangkutan kerana kapasiti kereta api yang tidak cekap bagi Keretapi Thailand untuk menyokong perkhidmatan KTMB merentasi sempadan.

KTMB juga tidka mempunyai set gerabak elektrik yang cukup untuk menyumbang kepada perkhidmatan kereta api komuter.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan