Komen Perlekeh Chong Wei: Manoharan Mohon Maaf

Diterbitkan: Selasa, 7 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

M Manoharan.
M Manoharan.

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP-Kota Alam Shah, M Manoharan pada Selasa memohon maaf kepada Datuk Lee Chong Wei berhubung kenyataannya yang memperlekehkan pemain badminton negara itu.

“Saya mohon maaf di atas apa yang berlaku. Bagaimanapun, saya tidak mahu mengulas lanjut mengenainya.

“Jika ada yang selanjutnya, saya akan mengeluarkan kenyataan nanti. Apapun, saya sudah pun membuat permohonan maaf (di Twitter),” katanya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Permohonan maaf Manoharan berikutan kenyataan yang dikeluarkan di Twitter milik beliau yang memperlekehkan kekalahan Chong Wei ke atas pemain China, Lin Dan dalam perlawanan akhir badminton perseorang lelaki di Sukan Olimpik di London.

Mengenai persepsi masyarakat terhadap beliau berhubung komen yang dikeluarkan itu, jelasnya: "Ia adalah pandangan mereka. Saya terima sahaja. Apapun, saya sudah mohon maaf."

Manoharan dalam tulisannya di Twitter pada tengah hari Selasa memohon maaf kepada Chong Wei dan keluarganya berhubung dengan kenyataan yang dikeluarkan di laman sosial itu pada Isnin.

“Saya begitu menyesali berhubung komen yang dibuat dan memohon maaf dengan tulus ikhlas kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya.

“Saya dengan ikhlas berharap agar kemaafan ini akan diterima,” kata beliau lagi di Twitter.

Antara lain, Manoharan menulis di Twitternya:"Malaysia akan menang pingat emas pertama di Olimpik selepas Pakatan mengambil alih Putrajaya."

"Jika Chong Wei bermain lebih baik dari Lin Dan, mengapa dia tidak menang? Kita perlu tegas dengan pemain kita supaya kita dapat memperoleh pingat emas satu hari nanti.

"Sesiapa saja yang menang pingat emas di Olimpik, kita perlu mengucapkan tahniah kepada mereka.

"Lin Dan begitu bergaya, moden. Tidak kelihatan seperti lelaki China tetapi berasal dari China.

"Lin Dan menang. Dia bermain lebih baik daripada Lee Chong AWAY."

Pengguna internet menubuhkan laman khas di Facebook dikenali 'Kami Tuntut Manoharan Mohon Maaf Kepada Lee Chong Wei' dan sehingga berita ini ditulis ia mendapatkan sokongan seramai 5,160 pengguna.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan