Kira-Kira 200 Pendatang Asing Mohon Nota Keluar Untuk Pulang Setiap Hari - Berita Semasa | mStar

Kira-Kira 200 Pendatang Asing Mohon Nota Keluar Untuk Pulang Setiap Hari

Diterbitkan: Selasa, 7 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kira-kira 100 hingga 200 pendatang tanpa izin membuat permohonan mendapatkan nota keluar setiap hari untuk pulang ke negara asal menjelang sambutan Aidilfitri.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata pendatang terbabit merupakan mereka yang gagal mendaftar pada Program 6P yang lalu dan mempunyai pasport.

"Saya jangka bilangan itu akan bertambah menjelang hari raya ini untuk pulang ke negara asal secara sah," katanya kepada pemberita selepas sambutan Bulan Kemerdekaan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Imigresen di sini Selasa.

Hadir sama pada majlis itu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Alias berkata pendatang asing terbabit akan dikenakan kompaun RM400 bagi mendapatkan nota keluar dari Jabatan Imigresen.

Mengenai isu lain, beliau berkata lebih ramai pegawai akan ditempatkan di semua pintu masuk dan kawasan 'panas' bagi meningkatkan penguatkuasaan.

"Menjelang hari raya, ramai pendatang asing dari negara jiran akan pulang ke kampung halaman melalui jalan darat dan laut. Kita akan memberi perhatian," katanya sambil menambah bilangan pegawai belum dimuktamadkan.

Beliau berkata kerjasama mengawal pintu sempadan dengan Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Pasukan Gerakan Am juga akan dilakukan dari masa ke masa di semua pintu masuk negara. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan