Hargai Keselamatan Negara Bermula Dari Rumah - Shahrizat

Diterbitkan: Selasa, 7 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semangat cintakan keamanan seharusnya bermula dari rumah dengan kaum ibu memupuk dan mendidik anak-anak agar sentiasa menghargai keselamatan dan menghormati peranan pasukan keselamatan negara.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata untuk mencapai matlamat itu, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak tentang pentingnya tidak melakukan jenayah atau perkara-perkara yang menyalahi undang-undang.

"Kalau ahli-ahli keluarga tahu betapa pentingnya keselamatan negara, maka ia dapat meringankan bebanan pasukan keselamatan, di samping dapat mengurangkan kadar jenayah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Ramadan 2012 bersama dengan 1,200 wakil pasukan-pasukan keselamatan dan balu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Selasa.

Shahrizat berkata walaupun kebanyakan rakyat Malaysia tidak merasai kehadiran secara langsung pasukan keselamatan, mereka perlu didedahkan mengenai peri pentingnya peranan pasukan keselamatan menjaga keamanan negara daripada ancaman pihak musuh.

Katanya sesebuah negara tidak akan berguna sekiranya hanya mempunyai rakyat yang berbakat dan berpotensi sedangkan negara tidak aman dan selamat seperti di Syria.

"Negara kita akan selamat sekiranya tiada perbalahan terutama dalam kalangan ahli politik. Walaupun ahli politik mempunyai pendapat dan ideologi berbeza, biarlah perbalahan itu dihadkan dalam arena politik sahaja dan tidak membawa perbalahan itu kepada kehancuran mahupun mengugat keselamatan negara," jelas beliau.

Shahrizat berkata majlis penyampaian sumbangan sempena Aidilfitri merupakan tradisi Wanita Umno untuk mengucapkan terima kasih secara simbolik kepada pasukan keselamatan dan keluarga mereka.

Pada majlis itu, Shahrizat menyampaikan 8,000 bungkusan berupa kuih raya, kain pelikat dan batik serta sumbangan untuk anggota-anggota yang bertugas semasa sambutan Aidilfitri serta balu-balu.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Datuk Sulaiman Keling, Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, Panglima Tentera Laut Malaysia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, pegawai-pegawai dan anggota-anggota pasukan keselamatan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan