Generasi Kedua Felda Terima 'Durian Runtuh' Selepas Aidilfitri

Diterbitkan: Selasa, 7 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Generasi kedua peneroka Felda dijangka menerima 'durian runtuh' selepas sambutan Aidilfitri ini, kata Pengerusi Kumpulan Felda Tan Sri Isa Samad, Isnin.

Bagaimanapun, katanya tarikh sebenar akan ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita tak ada masalah (beri durian runtuh). Perdana Menteri akan tentukan bila, dan kita akan bayar kerana duitnya sudah sedia ada.

"Ketika ini, kita (Felda) sedang menguruskan pemberian 'durian runtuh' fasa kedua untuk isteri peneroka. Lebih 50 peratus agihan yang bermula sejak minggu pertama Ramadan telah selesai dibuat kepada mereka yang layak," katanya pada sidang media sebelum majlis Meraikan Anak Yatim dan penerima sumbangan Ramadan anjuran Syarikat Kumpulan Felda di Dewan Perdana Felda di sini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Datuk Sabri Ahmad.

Mengenai majlis meraikan anak yatim dan sumbangan Ramadan itu, Isa berkata program anjuran Yayasan Felda dengan kerjasama Syarikat Kumpulan Felda adalah antara tanggungjawab sosial korporat Felda.

"Ini tanggungjawab sosial yang dijalankan selaras dengan program Kasih Felda yang dilancarkan oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri minta program kemasyarakatan disebar luas supaya lebih ramai masyarakat di negara ini dapat sedikit sebanyak khidmat daripada Felda, khususnya Yayasan Felda," katanya.

Seramai 207 anak yatim dari lapan pertubuhan dan rumah anak yatim di Negeri Sembilan dan Melaka menerima sumbangan pakaian dan duit Raya.

Selain itu, seramai 320 fakir miskin, warga emas, orang kurang upaya, dan 56 pesakit di Pusat Hemodialisis Felda turut menerima sumbangan Ramadan berupa duit raya dan hamper. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan