224 Pengarah Syarikat Dihalang Ke Luar Negara Kerana Tidak Carum KWSP

Diterbitkan: Selasa, 7 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)menghalang 224 pengarah syarikat ke luar negara dari April hingga Jun lepas kerana tidak membayar caruman bulanan pekerja mereka.

Pengurus Besar Perhubungan Awamnya, Nik Affendi Jaafar berkata selain itu, KWSP memfailkan 238 saman sivil dan 746 kes jenayah terhadap pengarah syarikat serta majikan yang tidak membuat caruman bagi tempoh suku pertama tahun ini, selain mendenda 186 majikan berjumlah RM217,980.

"Usaha gigih penguatkuasaan KWSP telah menurunkan kadar majikan tidak mencarum kepada 1.60 peratus pada suku kedua 2012 berbanding 1.83 peratus pada suku kedua tahun sebelumnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengikut Akta KWSP 1991, semua pekerja termasuk tetap, separuh masa, sementara dan percubaan perlu mencarum kepada KWSP dan berhak menerima caruman daripada majikan masing-masing, yang perlu dibayar sebelum atau pada setiap 15 hari bulan.

Sehubungan itu, Nik Affendi meminta pencarum sentiasa menyemak akaun KWSP masing-masing bagi memastikan majikan membuat caruman dengan teratur dan tepat pada masanya.

Jika terdapat sebarang keraguan dengan akaun mereka, anggota KWSP boleh menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000 dari 7.30 pagi hingga 7.30 malam setiap Isnin hingga Jumaat, atau menghantar pertanyaan secara online di http://enquiry.kwsp.gov.my. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan