Tiada Tindakan Terhadap Wong Judat - Dr Rundi

Diterbitkan: Isnin, 6 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak tidak akan mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Wong Judat melainkan pengumumannya untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang terbukti menjejaskan gagasan itu.

Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata Wong, yang juga Adun Meluan, masih bersama BN berdasarkan pengumumannya bahawa beliau masih anggota SPDP dan BN ekoran spekulasi berbulan-bulan kononnya beliau akan meninggalkan parti itu.

"Beliau (Wong) belum membuat apa-apa keputusan dan tidak adil untuk membuat sebarang penilaian (sekarang) terhadapnya. Setahu saya, beliau masih bersama BN," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Dr Rundi ditanya sama ada BN negeri akan mengambil tindakan terhadap Wong, yang mengumumkan akan bertanding menentang gagasan itu bagi kerusi Parlimen Julau, jika penyandangnya, Datuk Joseph Salang, dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang.

Susulan pengumuman itu, khabar angin bertiup kencang bahawa Wong akan bertanding di Julau atas tiket Parti Pekerja Sarawak (SWP), sebuah parti pembangkang yang baru diwujudkan diketuai oleh Larry Sng, seorang menteri muda negeri.

Dr Rundi berkata Wong terlalu terdorong oleh dendam peribadi terhadap Salang, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan persekutuan, yang kini merupakan Anggota Parlimen Julau bagi penggal keempat.

Beliau berkata kepimpinan SPDP akan menasihati Wong supaya mengutamakan kepentingan parti dan BN mengatasi kepercayaan peribadi serta komited sepenuhnya bagi memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang.

"Buat masa ini, kami menyerahkan kepada SPDP untuk menangani perkara ini... apa jua tindakan yang akan dikenakan terhadapnya," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan