Syabas Sangkal Dakwaan Gagal Selenggara Rumah Pam Di Taman Putra Budiman, Balakong

Diterbitkan: Isnin, 6 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa Syabas gagal menyelenggara rumah pam di Taman Putra Budiman, Balakong sehingga menyebabkan masalah gangguan bekalan air di sekitar kawasan itu serta Seri Kembangan.

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Ir Lee Miang Koi berkata masalah bekalan berpunca daripada pengeluaran dari Loji Rawatan Air Sungai Langat yang tidak dapat menampung jumlah permintaan air dari Kolam Cheras High Level.

"Kerosakan instalasi rumah pam Taman Putra Budiman tidak mempunyai kaitan dengan masalah gangguan bekalan air yang berlaku sejak Mei lepas, kerana gangguan tersebut bukan sahaja melibatkan kawasan Taman Putra Budiman malahan 12,000 akaun lain di sekitar Balakong," katanya pada sidang akhbar di Dewan Orang Ramai Kampung Baru Balakong, Isnin.

Terdahulu, Lee dan beberapa anggota Syabas mengadakan sesi taklimat dan dialog bersama wakil penduduk sekitar Hulu Langat bagi menjelaskan situasi sebenar.

Beliau berkata rumah pam Taman Putra Budiman sudah lama tidak digunakan dan pada 2009, premis itu dibanjiri air ekoran longkang yang diselenggara Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) tersumbat dan pecah.

"Masalah ini telah menyebabkan air dan sampah sarap dari longkang yang pecah mengalir masuk ke dalam kawasan rumah pam dan mengakibatkan aliran air sering kali tersumbat, bertakung dan menenggelamkan rumah pam itu sehingga menyebabkan kerosakan pada peralatan seperti pam, motor, papan suis utama dan papan suis penghidup motor," katanya.

Lee juga berkata Syabas melakukan kerja mengepam air keluar dari kawasan rumah pam ke longkang berhampiran setiap kali berlaku banjir di kawasan itu, selain menghantar surat bertarikh 7 April 2010 dan 27 Mac 2012 kepada MPKj supaya bertindak segera memperbaiki longkang yang pecah.

Beliau berkata Syabas menyemak semula sistem bekalan air di kawasan terlibat dan memutuskan untuk membuat paip pintasan dari Kolam Cheras High Level bagi mengelak kejadian banjir di instalasi yang menyebabkan gangguan bekalan air ke sekitar 516 akaun Taman Putra Budiman.

Katanya, Kolam Air Cheras High Level yang beroperasi sejak 2007, mempunyai tekanan cukup tinggi untuk menyalurkan air ke Tangki Menara Taman Putra Budiman dan sejak itu, Syabas tidak lagi menggunakan instalasi rumah pam serta kolam air Taman Putra Budiman bagi menyalurkan bekalan kepada penduduk. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan