PM Lebih Memahami Keperluan Rakyat Sabah - Pairin

Diterbitkan: Isnin, 6 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Najib Tun Razak yang lebih memahami keperluan rakyat dan negeri Sabah melalui program transformasi kerajaan yang mengutamakan kepentingan semua.

"Sebagai seorang pemimpin yang muda dan cergas, beliau (Perdana Menteri) banyak membawa perubahan dan kemajuan tanpa mengira kedudukan sesebuah kawasan dalam tempoh yang singkat.

"Kita melihat usaha yang baik ini perlu kita sokong kerana program transformasi pasti akan membawa kebaikan, kemajuan dan peningkatan hidup rakyat di negeri ini," katanya pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena penyerahan bantuan tangki, kerusi dan sofa di Kampung Nambayan, dekat sini.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastuktur Negeri berkata hubungan yang baik antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri turut memberi manfaat kepada penduduk di Sabah.

"Oleh itu, tiada sebab kita tidak sokong pemimpin yang membawa perubahan dan memberi tumpuan kepada soal kebajikan rakyat," katanya. Sehubungan itu, Pairin yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Tambunan mengajak rakyat Sabah, terutama masyarakat Kadazandusun Murut, supaya mengekalkan kerajaan BN yang terbukti keupayaannya terutama dalam membela nasib rakyat.

Beliau turut menyentuh isu penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan dengan kebanjiran pendatang tanpa izin di negeri ini dan berkata RCI sudah diluluskan oleh kerajaan pusat dan hanya menunggu masa untuk dilaksanakan kerana ia melibatkan penyediaan terma rujukan RCI termasuk yang membabitkan aspek perundangan.

"Dengan pelaksanaan RCI itu nanti, ia menambahkan lagi keyakinan kita kepada pucuk pimpinan BN, " katanya.

Pairin turut menggesa rakyat supaya menolak pembangkang yang hanya pandai bercakap tetapi tiada bukti melakukan sesuatu. "Mereka (pembangkang) kuat bercakap dan berjanji, tetapi hanya apabila menjelang pilihan raya...janji mereka juga gagal.

"Begitu juga dengan Deklarasi Tambunan yang hanya tinggal janji dan tidak ditandatangani oleh pemimpin pembangkang," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan