Kementerian Kesihatan Kurangkan Bil Elektrik di 28 Buah Hospital Besar

Diterbitkan: Isnin, 6 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang berusaha mengurangkan jumlah bil elektrik di 28 buah hospital besar seluruh negara yang mencecah jumlah kira-kira RM115 juta setahun.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pelbagai langkah telah diambil ke arah menjadikan hospital mesra alam termasuk menukar sistem pendingin hawa serta sistem lampu yang diguna pakai di hospital-hospital berkenaan.

"Kita berharap dapat kurangkan lagi bil elektrik sekurang-kurangnya 3 peratus untuk tahun ini dan minimum 10 peratus tahun depan.

"Kita menggunakan kaedah projek alam sekitar hijau yang dilihat dapat kurangkan penggunaan utiliti bil elektrik kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek WATTS (Di Mana Bantuan Bertukar Kepada Kemampanan) di sini, Isnin.

Beliau berkata setakat ini usaha menjadikan hospital mesra alam itu telah dilancarkan di hospital sekitar Lembah Klang dan dijangka diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat. Projek WATTS adalah tema bagi kempen 'TLC Promise Me' yang telah memasuki tahun ketiga bagi memenuhi 12 impian daripada 12 badan kebajikan untuk menggantikan peralatan elektrik dan lampu mereka kepada penyelesaian jimat tenaga dalam usaha mengurangkan bayaran bil elektrik, yang mungkin mewakili sehingga 30 peratus daripada perbelanjaan operasi mereka.

Pada dasarnya, ini ialah sumbangan mampan dan badan-badan kebajikan boleh berjimat dalam jangka panjang dan pada masa yang sama melindungi alam sekitar.

Sementara itu, Liow berkata Kementerian Kesihatan menerima baik cadangan mewujudkan pusat komuniti mental dalam usaha membantu menjaga pesakit mental yang telah pulih kembali ke dalam masyarakat.

Katanya, pusat komuniti yang ditubuhkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) di Muar telah menunjukkan kesan yang positif di mana pesakit telah pulih sepenuhnya dan menjalani kehidupan seperti biasa.

"Pesakit mental ini, apabila mereka sudah pulih, mereka memerlukan sokongan komuniti. Tanpa sokongan komuniti, bila balik ke rumah tidak dapat sokongan ahli keluarga dan masyarakat, mereka akan kembali sakit mental ini," katanya.

Selain itu, Liow berkata kerajaan juga mewujudkan pusat komuniti itu di klinik-klinik kerajaan supaya pesakit yang tidak mengalami masalah serius boleh mendapatkan ubat di klinik berkenaan.

Dalam pada itu, Liow yang juga Timbalan Presiden MCA memuji pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei yang mempamerkan aksi bertenaga dan memberikan saingan sengit ketika menentang pemain nombor satu dunia dari China, Lin Dan dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki acara badminton di Sukan Olimpik semalam.

Beliau berkata walaupun tidak berjaya membawa pulang pingat emas pertama negara, tetapi Chong Wei telah menjadi 'wira' negara.

"Permainan yang sungguh mengagumkan. Beliau (Chong Wei) bermain cemerlang. Kita bangga dengan beliau. Beliau sebenarnya telah menyatukan rakyat Malaysia di mana setiap orang tampil dan menyokongnya malam semalam," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan