JPJ Kesan 110 Kesan Kesalahan Jalan Raya Dalam Operasi Menjelang Raya

Diterbitkan: Isnin, 6 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengesan 106 kes kesalahan jalan raya dan mengeluarkan 67 saman terhadap pemandu kenderaan dalam operasi bersepadu menjelang raya di Batu 5, Wakaf Che Yeh di sini, malam Ahad.

Pengarah JPJ Kelantan Abdul Ghani Che Kassim berkata kebanyakan kesalahan dilakukan penunggang motosikal seperti tidak memiliki lesen memandu dan lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

Kesalahan itu dikesan hasil pemeriksaan ke atas 412 kenderaan dalam operasi khas menjelang raya di lokasi tersebut dari pukul 8.30 malam hingga 12 tengah malam tadi, katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi itu di sini.

Katanya operasi bersepadu itu dijalankan oleh pegawai penguatkuasa jabatannya dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

"Dalam operasi khas yang dilancarkan serentak di seluruh negara itu, kita menyita lima kenderaan, termasuk tiga kereta dan dua motosikal kerana cukai jalan kenderaan yang tamat tempoh lebih seminggu serta disyaki mempunyai nombor pendaftaraan berbeza dengan cukai jalan kenderaan yang dipamerkan," katanya.

Selain itu, Abdul Ghani berkata pihak AADK juga mengesan 36 penunggang motosikal yang diperiksa berumur antara 15 dan 30 tahun disyaki dipengaruhi dadah dan lima daripadanya adalah positif.

Beliau berkata, operasi itu adalah antara siri operasi yang dijalankan sebelum 'ops raya' yang akan dilancarkan serentak seluruh negara dari 15 Ogos hingga 23 Ogos nanti.

"Operasi ini lebih ditumpukan kepada kenderaan motosikal kerana ia sebagai penyumbang utama, iaitu kira-kira 60 peratus kepada kemalangan jalan raya di seluruh negara," katanya.

Beliau menasihatkan pemandu kenderaan supaya meningkatkan keselamatan semasa memandu terutama menjelang hari raya ini kerana jumlah pengangkutan di jalan raya dijangka bertambah berlipat kali ganda berikutan ramai anak Kelantan di perantauan akan pulang ke kampung untuk menyambut perayaan.

Keadaan lebih ketara lagi terutama apabila jalan utama di pusat bandar ini sedang dalam proses penyelenggaraan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan