Chong Wei Pamer Semangat, Komitmen Tinggi - PM

Diterbitkan: Isnin, 6 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Meskipun tewas, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mempamerkan semangat dan komitmen yang tinggi untuk memenangi perlawanan akhir acara badminton perseorangan lelaki Olimpik London 2012, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, rakyat Malaysia patut berbangga dengan usaha dan corak permainan yang dipamerkan Chong Wei ketika menentang pemain China, Lin Dan.

"(Kekalahan itu) memang bermaruah kerana beliau (Chong Wei) tidak menyerah kalah dengan mudah, beliau telah berjuang habis-habisan.

"Meskipun beliau tidak berjaya sebab permainan Lin Dan terlalu agresif tetapi ia telah menaikkan imej negara kita," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Naim, Jelawat di sini malam Ahad.

Najib diminta mengulas kekalahan Chong Wei kepada Lin Dan dengan 21-15, 10-21, 19-21 pada perlawanan perseorangan akhir lelaki.

Selepas solat Maghrib di Masjid Kampung Badak, Najib menonton siaran langsung perlawanan antara Chong Wei dan Lin Dan di kediaman Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Perdana Menteri berkata, Chong Wei hanya tewas tipis dengan ketinggalan hanya dua mata pada set ketiga.

Mengenai habuan untuk Chong Wei, Najib berkata, beliau akan menentukan apa yang sepatutnya diberikan kepada jaguh badminton negara itu.

Sementara itu, selepas solat Tarawih, Najib beramah mesra dengan jemaah masjid berkenaan, yang dirasmikan Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein pada 1975.

Turut hadir Mustapa dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Najib, yang dalam lawatan kerja sehari ke Kelantan, kemudian bertolak ke Yayasan Kemiskinan Kelantan di Padang Kala, Kota Baharu, untuk bersama penduduk Parlimen Ketereh. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan