Bekas Pemimpin Mahu Bawa Keluar Kaum India Daripada DAP Johor

Diterbitkan: Isnin, 6 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Selepas dipecat oleh DAP Jun lepas, A.K Murugan bertekad memulakan gerakan untuk memastikan lebih ramai anggota parti itu daripada kaum India meninggalkan parti pembangkang berkenaan.

Bekas setiausaha publisiti DAP Taman Nesa itu berkata, ramai di kalangan kaum India yang menyertai parti itu mulai sedar tentang layanan berat sebelah pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau terhadap kaum itu.

"Saya bersama-sama rakan lain telah menggerakkan usaha untuk membawa lebih ramai anggota DAP Johor daripada kaum India keluar daripada parti (DAP). Ramai (anggota DAP kaum India) tidak berpuas hati dengan Dr Boo," dakwa bekas anggota seumur hidup DAP itu kepada Bernama pada Isnin.

Beliau mendakwa Dr Boo hanya "pandai berlakon" dalam usahanya memikat hati anggota DAP kaum India, tetapi apa yang sebenarnya berlaku adalah pemimpin DAP Johor itu tidak melakukan apa-apa terhadap kebajikan kaum itu.

Menurut Murugan, usaha membawa lebih ramai kaum India keluar daripada DAP di Johor akan memastikan mereka tidak lagi dijadikan "jambatan" oleh kepimpinan DAP negeri untuk memperdaya masyarakat itu. Beliau bersama Pengerusi DAP Taman Saga V.Thulasi Das dipecat daripada DAP pada 18 Jun lepas berikutan tindakan mereka yang lantang mengkritik kepimpinan Dr Boo.

Malah Murugan yang mula menyertai DAP pada 2008 itu berkata, beliau bertekad untuk berusaha lebih keras bagi memastikan DAP Johor tidak mendapat sebarang undi daripada kaum India pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

"Jika Dr Boo bertanding di Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya akan datang ini, saya juga akan bertanding sebagai calon bebas bagi memastikan undi pengundi India tidak jatuh kepada Dr Boo," katanya.

Katanya, beliau akan "mengekori" ke mana sahaja Dr Boo bertanding pada PRU-13 di dalam usahanya untuk memastikan DAP tidak memperoleh sebarang undi daripada pengundi kaum India negeri ini.

Menurutnya, Dr Boo yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Skudai, berkemungkinan akan bertanding di kawasan Parlimen Gelang Patah yang sebelum ini ditandingi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, keputusan Dr Boo bertanding di Parlimen Gelang Patah, adalah hasil pertukaran kerusi dengan PKR bagi membolehkan pengerusi negerinya Datuk Chua Jui Meng bertanding di Parlimen Bakri, yang sebelum ini ditandingi oleh DAP. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan