Ahli Umno Perlu Tumpu Perhatian Sepenuhnya Kepada Pengukuhan Parti - Shafie

Diterbitkan: Isnin, 6 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta semua anggota Umno supaya menumpukan sepenuh perhatian dan aktiviti mereka ke arah pengukuhan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata apa sahaja perkara, aktiviti dan tindak tanduk yang boleh melemahkan parti, perlu diketepikan bagi membolehkan Umno dan Barisan Nasional (BN) mampu meraih kemenangan pada pilihan raya umum nanti.

"Saya peringatkan, pada kali ini kita menuntut pengorbanan ahli parti yang begitu tinggi sekali untuk membolehkan kejayaan yang jauh daripada biasa dapat kita jayakan. Dengan itu saya tekankan betapa pengorbanan untuk parti, kesetiaan kita di dalam perjuangan harus menjadi tonggak kepada perjuangan kita," katanya.

Mohd Shafie berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama penduduk Kampung Senallang di Masjid Saidina Osman di sini, malam Ahad.

Beliau yakin sekiranya Umno dan semua parti komponen dalam BN menjadikan kesepaduan gerak kerja jentera parti sebagai pegangan dan ikatan, ia akan membuahkan hasil yang baik seterusnya memberi kejayaan kepada BN. Mengenai perjumpaannya dengan semua sayap Umno bahagian Semporna sebelum itu, Shafie yang juga Ketua Umno Bahagian Semporna berkata anggota Umno bahagian itu begitu bersemangat dan bersiap sedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.

Katanya Pergerakan Wanita di bahagian itu telah pun meninjau dan mengadakan jalinan mesra dari rumah ke rumah yang kini hampir mencapai 80 peratus.

"Yang penting kepada kita, kita bersiap sedia di tahap yang begitu kuat. Kita janjikan, bahawa dengan pertolongan yang kuat dan kerjasama daripada rakyat serta para pengundi, Insya-Allah kita akan dikurniakan kejayaan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan