Polis Sahkan Saifuddin Dipanggil Beri Keterangan Berhubung Dakwaan Palsu Ke Atas Tim.Pengerusi SPR

Diterbitkan: Ahad, 5 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Polis telah mengesahkan bahawa Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution kini sedang disiasat kerana membuat dakwaan palsu ke atas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Dakwaan palsu itu mengatakan yang Wan Ahmad adalah seorang ahli Umno.

Dan kertas siasatan ke atas Saifuddin telah dibuka selepas Wan Ahmad sendiri membuat aduan polis berhubung isu tersebut.

Berikutan itu, Saifuddin telah dipanggil ke Balai Polis Daerah Putrajaya pada Ahad untuk diambil keterangannya, kata OCPD Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Majid.

Saifuddin, yang merupakan ahli parlimen Machang, disiasat di bawah Seksyen 500, Kanun Keseksaan.

Sementara Wan Ahmad ketika dihubungi oleh wartawan The Star berkata, dakwaan yang dibuat oleh Saifuddin yang kemudiannya terbukti adalah palsu telah meletakkan dirinya dan juga SPR dalam situasi yang mengaibkan.

Kenyataannya itu, kata Wan Ahmad adalah sama seperti cuba menimbulkan kesangsian bukan sahaja ke atas dirinya tetapi juga SPR.

Oleh yang demikian, kata Wan Ahmad, beliau mahu pihak berkuasa menyiasat kes itu dari perspektif fitnah jenayah.

Saifuddin membuat dakwaan itu Mei lalu dengan berkata Wan Ahmad adalah merupakan ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor, dalam Bahagian Pasir Mas, Kelantan dan oleh yang demikian beliau tidak layak memegang jawatan dalam SPR kerana tidak bersikap berkecuali.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu, Wan Ahmad yang sebenarnya muncul dan mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan yang Saifuddin telah tersilap orang.

Dia adalah seorang peniaga gerai berusia 63 tahun yang secara kebetulan berkongsi nama yang sama dengan timbalan pengerusi SPR itu.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan