Perbezaan Ideologi Politik Perlu Diketepikan Demi Laksanakan Kebajikan - Norainee

Diterbitkan: Ahad, 5 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebarang percanggahan ideologi politik serta perbezaan kepercayaan dan budaya perlu diketepikan dalam melakukan kerja-kerja kebajikan, kata isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Dengan mengambil contoh Umno, beliau berkata walaupun ia merupakan sebuah pertubuhan politik, namun usaha ke arah membantu mereka yang kurang bernasib baik sentiasa diberi keutamaan.

"Ia selaras dengan aspirasi kerajaan yang sentiasa memberi tumpuan terhadap kepentingan rakyat tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan budaya," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan bantuan Hari Raya Aidilfitri 2012 Umno Bahagian Cheras di sini, Sabtu.

Pada majlis itu, Noorainee menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai RM200, kain, beras serta barangan keperluan harian kepada 500 penerima terdiri daripada fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya dalam Parlimen Cheras.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, yang juga Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC). Sementara itu, Syed Ali berkata tahun ini pihaknya menyasarkan 2,000 penerima yang layak dalam Parlimen Cheras akan mendapat bantuan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata peningkatan jumlah penerima berbanding 1,000 orang pada tahun lalu disebabkan pertambahan jumlah sumbangan yang diterima oleh Umno bahagian Cheras dan YPC.

Katanya pada tahun ini Umno bahagian Cheras dan YPC mendapat sumbangan RM400,000 daripada orang perseorangan, pihak korporat serta jabatan dan agensi kerajaan untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

Seorang penerima Ieyah Lembek, 78, ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan terima kasih terhadap bantuan yang diberikan.

Warga emas yang juga ibu tunggal kepada 10 orang anak itu berkata bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban menyambut 1 Syawal. Vijaya M.Arokian, 43, juga mengucapkan terima kasih kepada Umno Cheras kerana walaupun bantuan diadakan sempena Hari Raya Aidil Fitri, namun kaum lain tidak diabaikan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan