Penubuhan Jawatankuasa Khas Petroleum Bukti Ketelusan Kerajaan - Nor Mohamed

Diterbitkan: Ahad, 5 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Penubuhan Jawatankuasa Khas bagi mengkaji isu bayaran tunai daripada hasil petroleum memperlihatkan ketelusan kerajaan persekutuan dalam pengagihan hasil secara adil untuk kesejahteraan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata dengan penubuhan jawatankusa khas itu, isu berhubung bayaran tunai daripada hasil petroleum dapat dikaji dari semua aspek dan dilihat secara objektif.

"Ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan persekutuan tidak ada yang hendak disembunyikan, ia harus dibincang secara rasional.

"Penubuhan jawatankuasa khas ini juga satu langkah yang positif untuk mencari penyelesaian," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Perdana Menteri hari ini mengumumkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri di Pantai Timur

Jawatankuasa Khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri berkenaan.

Jawatankuasa Khas itu akan membuat kajian berhubung mengenal pasti negeri yang layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, Nor Mohamed, yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor, menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 100 orang tua dan keluarga yang kurang berkemampuan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

SME Bank sebagai penyumbang bagi program itu memperuntukkan RM15,000. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan