Jawatankuasa Royalti Minyak: Nik Aziz Akan Mengadap Sultan

Diterbitkan: Ahad, 5 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menghadap Sultan Kelantan bagi mendapat perkenan baginda mengenai wakil negeri itu yang akan menganggotai Jawatankuasa Khas berhubung isu bayaran royalti petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Nik Aziz berkata, setakat ini, pihaknya belum membuat keputusan berhubung wakil Kelantan dalam jawatankuasa khas berkenaan.

"Saya sendiri akan menghadap Sultan Kelantan bagi mendapat perkenan baginda. Hanya pada masa itu akan diumumkan nama wakil bagi negeri Kelantan," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran Tabung Amanah bagi pembinaan Lebuhraya Kota Baharu ke Kuala Krai, di sini malam ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Najib berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan