Jangan Politikkan Jawatankuasa Khas Petroleum - Shafie

Diterbitkan: Ahad, 5 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta pihak yang berkenaan tidak mempolitikkan penubuhan jawatankuasa khas berhubung bayaran tunai hasil petroleum negara.

Ini kerana katanya, tujuan kerajaan adalah ikhlas untuk memastikan semua negeri di pantai timur Semenanjung yang menyumbang dalam pengeluaran petroleum negara menerima imbuhan yang sewajarnya. "Yang penting kepada kita ialah wang yang diperolehi kelak dapat disalurkan untuk kepentingan rakyat dan kemajuan negara kita," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan khas dengan ketua Umno cawangan dan imam dari kawasan Semporna, di sini, Sabtu.

Mohd Shafie yang juga Naib Presiden Umno mengulas keputusan kerajaan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, berkenaan penubuhan jawatankuasa yang akan meneliti secara adil dan telus isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri penyumbang.

Jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara serta wakil kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu akan diberi masa enam bulan untuk menyiapkan kajian dan membuat syor kepada kerajaan persekutuan.

Di BACHOK, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penubuhan jawatankuasa itu selaras dengan tranformasi politik dan ekonomi yang diperkenalkan Perdana Menteri.

"Ia menggambarkan ketelusan, tidak sebagaimana yang digembar-gemburkan parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Bachok di Sekolah Menengah Teknik, Tangok di sini hari ini. Hampir 800 perwakilan bahagian menyertai persidangan yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata sumbangan daripada kerajaan pusat terhadap pembangunan negeri Kelantan selama ini cukup besar iaitu RM5 bilion setahun walaupun kutipan cukai hanya RM300 juta setahun.

Mengenai perkembangan politik Kelantan, beliau berkata kajian mendapati rakyat Kelantan kini mula berubah dan mereka mahukan pembaharuan ekoran usaha berterusan kerajaan pusat membantu mereka walaupun negeri ini ditabir kerajaan PAS.

Justeru katanya, jika semua pemimpin bersatu dan memberi keutamaan kepada rakyat, Barisan Nasional diyakini dapat merampas kembali Kelantan pada pilihan raya Umum ke-13 kelak. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan