14 NGO Serah Surat Rayuan Minta PM Selesaikan Isu Air Kelantan

Diterbitkan: Ahad, 5 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), yang mewakili 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan, pada Ahad menyerahkan surat rayuan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menyelesaikan isu air yang berlarutan menimbulkan masalah kepada rakyat negeri ini.

Surat itu disampaikan oleh Yang Dipertua Perkasa Kelantan Mohd Fauzi Mohamad sejurus selepas Perdana Menteri selesai mengadakan pertemuan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, sempena lawatan kerjanya ke Kelantan.

Antara NGO berkenaan ialah Persatuan Guru Melayu Kelantan, Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan (Tukar); Persatuan Kereta Sewa Kelantan, Cuepacs Kelantan, Persatuan Pengakap Kelantan, dan St John Ambulans, Persatuan Bekas Polis dan Tentera Kelantan.

Mohd Fauzi berkata pihaknya menyerahkan surat itu hasil keputusan yang dicapai semua NGO itu pada Jumaat lepas.

Beliau berkata semua NGO itu memutuskan supaya merayu kepada Perdana Menteri agar meluluskan peruntukan persediaan sebanyak RM2.8 juta untuk digunakan bagi membeli air minuman apabila bekalan air terputus sehingga lima hari di sesetengah kawasan seperti yang dialami sekarang.

"Ini kerana pengalaman bekalan air terputus beberapa hari pada Ramadan amat kritikal dan menyusahkan rakyat selain menimbulkan pelbagai ancaman bukan sahaja penyakit, malah keselamatan mereka, " katanya selepas menyerahkan surat rayuan dua halaman itu.

Mohd Fauzi berkata peruntukan itu dianggarkan untuk diagihkan kepada 14 kawasan Parlimen dengan masing-masing diperuntukkan RM200,000.

Menurutnya rayuan itu dibuat atas dasar kemanusiaan apabila kerajaan Kelantan di bawah pimpinan PAS gagal menyelesaikan isu air yang sering terganggu, air kotor dan bil air yang agak luar biasa.

Beliau berharap peruntukan itu jika diluluskan akan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan yang bertanggungjawab melaksanakan operasi itu. -- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan