UTC Akan Diperluas Ke Negeri Lain - KSN

Diterbitkan: Sabtu, 4 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang menempatkan jabatan kerajaan dan swasta di bawah satu bumbung yang dilancarkan di sini pada Jun lepas, akan diperluas ke negeri lain.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata langkah itu berikutan kejayaan UTC di sini dari segi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

"Objektif UTC sebagai usaha 'merakyatkan perkhidmatan awam' agensi-agensi kerajaan meliputi agensi barisan depan di bawah program strategi lautan biru kebangsaan telah menampakan kejayaan di Melaka dan akan dimulakan di negeri-negeri lain," katanya kepada pemberita, di sini, Sabtu.

Ali berada di sini dalam program turun padang bersama agensi di Melaka. Terdahulu beliau melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalild Yaakob di Istana Melaka selain bertemu Ketua Menteri Datuk seri Mohd Ali Rustam.

Ali turut meninjau UTC yang terletak di Jalan Hang Tuah di sini. UTC itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Jun lepas dan menempatkan 73 agensi kerajaan serta swasta termasuk badan bukan kerajaan.

Beliau yang berpuas hati dengan perkhidmatan di UTC turut mengucapkan tahniah kepada penjawat awam yang bertugas di situ kerana sedia berkhidmat dari 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Dalam perkembangan lain, Ali meminta guru yang berusia di bawah 40 tahun dan dikategorikan sebagai belia agar menyertai program '1Malaysia For Youth' (iM4U) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

"Kita galakkan usaha-usaha sukarelawan di kalangan guru-guru kategori belia ini demi untuk masyarakat dan sekolah amnya," katanya.

Ali turut mengumumkan peruntukan RM200,000 untuk pembinaan satu dataran berbumbung di Sekolah Menengah Kebangsaan Malim menerusi peruntukan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri. "Kita juga akan mempertimbangkan bantuan sebanyak RM250,000 untuk kemudahan infrastruktur sekolah ini termasuk untuk pembinaan surau," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan