Umat Islam Perlu Kuasai Ilmu & Pelajaran - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 4 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu umat Islam di negara ini supaya mementingkan ilmu dan pelajaran dalam kehidupan seharian mereka.

Beliau berkata tidak ada sebab ibu bapa tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah kerana kerajaan telah membangunkan sistem pelajaran untuk membolehkan mereka majukan diri, sekali gus keluar daripada kepompong kemiskinan. "Semua anak mesti diberi didikan yang mencukupi, jangan ada ibu bapa yang tak pentingkan pendidikan dan hanya pentingkan diri kerana pendidikan duniawi juga penting untuk masa depan mereka. "Tidak ada sebab untuk tidak hantar anak pergi belajar kerana sistem pelajaran kita sekarang adalah holistik mencakupi ukhrawi dan duniawi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bukit Serampang di Masjid Jamek Kg Baru, Bt 28, Lenga di sini, Sabtu.

Muhyiddin berkata pada masa kini, kerajaan menyediakan banyak sekolah dan universiti dengan peluang pendidikan sama rata berbanding ketika negara mula mencapai kemerdekaan 55 tahun lalu yang menyaksikan hanya orang kaya berpeluang memasuki sekolah yang kecil jumlahnya ketika itu.

Katanya hasil pembangunan sistem pendidikan oleh kerajaan, kadar kemiskinan di negara ini berjaya dikurangkan kepada hanya dua atau tiga peratus.

"Kita tidak boleh jadi Islam ikut saja, tapi kita mahu jadi Islam contoh, cantik molek dan sempurna. Kita tidak mahu lihat masyarakat Islam terbiar dan tiada orang yang tolong kerana kita mahu wujudkan masyarakat yang hidup dengan sempurna," katanya.

Beliau berkata hasil daripada pembangunan pendidikan turut membolehkan pendapatan per kapita rakyat kini meningkat kepada US$9,700 berbanding US$600 ketika zaman selepas kemerdekaan.

"Kita harap akan dapat mencapai kadar US$15,000 menjelang 2020 dan usaha dilakukan kerajaan ini adalah jelas iaitu bagi membantu rakyat dan kita seharusnya bersyukur," katanya.

Terdahulu, dalam majlis berasingan, Muhyiddin turut meluangkan masa menghadiri program tinjauan mersa dan pelancaran program 'Jom Beli Barang Raya' di Kompleks Sukan Pagoh. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan