Pengeluaran KWSP Kekal Pada Usia 55 Bagi Swasta

Diterbitkan: Sabtu, 4 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Usia untuk pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi sektor swasta masih pada 55 tahun, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata kerajaan belum bercadang mengubah peraturan itu pada masa ini, sekalipun usia persaraan untuk pekerja sektor tersebut dilanjutkan daripada 55 kepada 60 tahun berkuat kuasa Januari depan.

"Lanjutan daripada keputusan kerajaan melanjutkan umur bersara swasta, ada ura-ura mengenai pengeluaran KWSP dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 60. Pada peringkat ini kerajaan tidak bercadang melaksanakan sistem itu," katanya kepada pemberita, di sini Sabtu.

Beliau sebelum itu menyampaikan sumbangan kain jubah, kurma, dan air zamzam kepada anggota jawatankuasa masjid bagi kawasan parlimen Tambun, di sini.

Mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Ahmad Husni berkata perkara itu adalah antara aspek yang diteliti dalam Belanjawan 2013.

"Keputusan (pemberian kedua) tertakluk bahawa perbelanjaan mengurus mesti dibiayai hasil pendapatan kerajaan, yang mana hasil itu mesti melebihi perbelanjaan mengurus," katanya.

Beliau juga berkata belanjawan kali ini bertumpu kepada aspek inisiatif mengurangkan beban rakyat ekoran peningkatan kos sara hidup yang berpunca daripada kenaikan harga barang makanan.

Ahmad Husni kemudian meluangkan masa menziarah pemberita sambilan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Tajul Safuan Abu Hassan yang dirawat di KPJ Ipoh Specialist di sini selepas mengalami 'congestive heart failure'.

Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Tajul Safuan yang kini beransur pulih. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan