MAS Tambah Tempat Duduk Sempena Hari Raya

Diterbitkan: Sabtu, 4 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) menawarkan 3,584 tempat duduk tambahan bagi laluan Kuala Lumpur-Kota Bharu dan Kuala Lumpur-Alor Setar, bagi menampung peningkatan permintaan sempena Hari Raya Puasa.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, MAS berkata tempat duduk berkenaan merupakan tambahan kepada lima penerbangan tambahan bagi laluan KL-Kota Bharu dan empat penerbangan tambahan bagi KL-Alor Setar, yang diumumkan dua minggu lepas.

MAS berkata dua penebangan tambahan harian itu beroperasi dari 16 hingga 18 Ogos bagi laluan KL-Kota Bharu, manakala jadual penerbangan berjadual antara kedua-dua destinasi ini akan ditingkatkan.

Syarikat penerbangan negara itu juga berkata ia akan menyediakan dua penerbangan tambahan antara KL-Alor Setar pada 18 Ogos, 2012.

MAS telah menambah kapasiti bagi laluan Kota Bharu-KL untuk mereka yang pulang selepas musim perayaan.

Mulai 24 hingga 26 Ogos pula, satu penerbangan tambahan B737 akan beroperasi bagi laluan ini manakala satu penerbangan lagi ditingkatkan pada 24 Ogos yang menawarkan kapasiti tambahan.

Pada 27 Ogos, MAS menawarkan dua penerbangan tambahan pesawat 737 bagi laluan berkenaan.

MAS berkata ia akan terus memantau trend tempahan pada musim perayaan ini dan akan meningkatkan kapasiti jika terdapat permintaan tambahan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan