Limpahan Ganjaran Menanti Chong Wei Jika Rangkul Emas

Diterbitkan: Sabtu, 4 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia kini menaruh harapan tinggi terhadap Datuk Lee Chong Wei yang mara ke pusingan akhir acara badminton perseorangan lelaki untuk membawa pulang emas pertama buat negara pada Sukan Olimpik.

Lee yang menamatkan kemarau emas sejak 1996, meraih pingat perak pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing sudah bersedia untuk mencipta kejutan.

Malah beliau turut akan mengukir sejarah sebagai pemenang pingat emas pertama Olimpik untuk negara sejak Malaysia mengambil bahagian dalam temasya berprestij itu pada 1956 di Melbourne.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Lee di atas kejayaan tersebut dan menulis di Twitternya:"Baru saja bercakap dengan Chong Wei, mengucap tahniah kepadanya atas kemenangan hebat! Beritahu beliau supaya mencipta sejarah bagi Malaysia dengan memenangi emas."

Limpahan ganjaran menanti Chong Wei sekiranya beliau membawa pingat berharga itu termasuk wang tunai RM2 juta dan tambahan RM1 juta dari kerajaan menerusi skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) dan RM1 juta lagi dari syarikat perabot tempatan, 3V Holdings Sdn Bhd.

Malah jongkong emas seberat 12.5kg bernilai lebih RM2 juta turut ditawarkan Pengerusi Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) Datuk Seri Andrew Kam dan elaun sebanyak RM5,000 sebulan kepada pemenang pingat emas Olimpik negara sepanjang hayatnya.

Lee diangkat sebagai hero negara oleh Najib di atas kejayaannya merangkul pingat perak pada Sukan Olimpik 2008 dan kerajaan Pulau Pinang menghadiahkan gelaran Datuk kepadanya.

Di atas kejayaannya itu, Chong Wei memperoleh wang tunai RM300,000 dan elaun sebanyak RM3,000 sebulan sepanjang hayatnya.

Selain itu, ganjaran yang berjaya diperoleh pemain ranking kedua dunia itu setakat ini termasuk dua kereta tajaan Proton ketika syarikat tersebut masih menjadi penaja utama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Sekiranya Malaysia memenangi lebih dari satu emas, insentif wang tunai bernilai RM1 juta dari 3V Holdings Sdn Bhd akan dikongsi bersama-sama pemenang.

Selain ganjaran kepada pemenang pingat emas dan perak, atlet yang meraih pingat gangsa turut akan menerima RM150,000 dan elaun sebanyak RM1,500 sebulan sepanjang hayat di bawah skim MSN.

Di samping Lee, lima pemain badminton negara yang beraksi di London termasuk beregu lelaki No.8 dunia, Koo Kien Keat dan Tan Boo Heong, beregu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying dan perseorangan wanita, Tee Jing Yi.

Chan dan Goh tersingkir awal selepas tewas dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan manakala Tee kecundang di tangan Bae Youn-Joo dari Korea Selatan.

Sementara itu, pemilik restoran Burhan Mohamed menawarkan hidangan percuma kepada pelanggan sekiranya Lee memenangi pingat emas.

"Jika beliau menang, beliau akan mendapat wang dan jongkong emas. Namun, rakyat Malaysia yang menyokongnya perlu mendapat sesuatu.

"Jadi, saya akan memberi makanan percuma kepada pelanggan untuk meraikan kejayaan itu nanti," kata Pengurus Besar Original Kayu Nasi Kandar, Pulau Pinang.

Sekiranya Lee menang pingat emas, pelanggan akan menikmati set hidangan termasuk minuman kordial antara pukul 7 malam hingga 10 malam di restorannya di SS2 di sini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan