Kekayaan Negara Perlu Diagih Secara Adil Kepada Rakyat - PM

Diterbitkan: Sabtu, 4 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kekayaan negara perlu diagihkan secara seimbang dalam mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama.

Menerusi pemberian zakat misalnya, ia mampu membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk bersama-sama menikmati hidup yang lebih baik.

"Justeru, kita dapat mengelak wujudnya jurang sosial yang besar, yang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin.

"Jangan kaitkan Islam dengan miskin...Allah suka dan akan memberi ganjaran kepada mereka yang berjaya, yang indah dan yang suka memberi (sedekah dan amal jariah)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyampaian sumbangan zakat 2012 di Dewan Konvensyen Pekan di sini, Sabtu.

Antara penyumbang zakat ialah Bank Islam, Uda Holdings Berhad, Tabung Haji, Amanah Raya Berhad, Yayasan Basmi Kemiskinan dan Affin Islamic Bank Berhad.

Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan berkata agama Islam juga sentiasa mengajar umatnya untuk mengejar kejayaan, menambah rezeki, berusaha gigih, mencipta peluang, memburu kecemerlangan dan menambah kekayaan.

"Ini adalah sebahagian pengajaran Islam yang lengkap. Sesiapa yang berjaya dan guna kekayaan untuk jalan Allah...maka akan mendapat ganjaran daripadaNya," katanya.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pada majlis berasingan selepas itu Perdana Menteri turut mengagih-agihkan sumbangan 5,000 keping murtabak kepada orang ramai di perkarangan dewan Majlis Daerah Pekan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan