Hubungan Erat Kerajaan-Penjawat Awam Tonggak Kejayaan Negara - PM

Diterbitkan: Sabtu, 4 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Kerjasama yang erat selama ini antara kerajaan dan penjawat awam terbukti menjadi tonggak kejayaan negara sejak dulu lagi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata hubungan erat dan baik yang terjalin sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga kini juga jelas membuktikan adanya persefahaman antara kedua-dua pihak.

"Kerjasama dan sokongan para penjawat awam terutamanya dalam melaksanakan semua keputusan kerajaan dan membantu menyelesaikan masalah rakyat sangat bermakna untuk kita," katanya ketika berucap di majlis berbuka puasa bersama penjawat awam daerah Pekan di sini, malam Sabtu.

Najib berkata tanpa hubungan baik itu, tidak mungkin negara dapat melalui proses trasformasi yang besar dengan Malaysia mengalami pelbagai perubahan sejak merdeka. Beliau berkata transformasi itu termasuklah kejayaan negara yang menghapuskan kadar kemiskinan yang dicatatkan lebih 50 peratus sejak awal kemerdekaan.

"Usaha pembasmian kemiskinan oleh kerajaan kita adalah antara terbaik dilaksanakan selain menukar status daripada negara pertanian kepada pertanian berpendapatan sederhana tinggi," katanya.

Najib berkata kerajaan sejak dulu lagi memberi perhatian khusus terhadap kebajikan penjawat awam dengan pelbagai inisiatif dan tumpuan diberi dalam memastikan ikatan kedua-duanya terus kukuh.

"Pada awal tahun ini kita beri kenaikan gaji dari tujuh hingga 17 peratus kepada penjawat awam yang melibatkan peruntukan lebih RM4 bilion.

"Baru-baru ini pula kita mengumumkan bonus setengah bulan gaji sempena sambutan Aidilfitri, ini menunjukkan kita menghargai penjawat awam," katanya.

Najib berkata apa yang penting adalah penjawat awam perlu komited dan berdedikasi dalam menjalankan tugas manakala kerajaan akan terus menjaga kebajikan mereka mengikut kemampuan. Sementara itu di KUANTAN, Najib berkata masih ramai di kalangan masyarakat hari ini yang tidak menyedari peranan anggota keselamatan negara.

Perdana Menteri berkata pengorbanan dan peranan yang dicurahkan oleh pasukan keselamatan negara seperti Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dalam menjaga keselamatan negara kadang kala tidak disedari rakyat.

"Tiada pengorbanan yang lebih besar daripada kesanggupan mereka mempertaruhkan jiwa dan nyawa demi kepentingan negara," katanya ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan kepada warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), balu TUDM, anak yatim dan pesakit kronik di dataran pangkalan TUDM di sini.

Najib berkata disebabkan pengorbanan oleh warga keselamatan itu juga rakyat di negara ini dapat menjalani kehidupan dengan aman dan selesa. "Sebab itulah kita tidak boleh hina anggota keselamatan kita kerana mereka tonggak negara dan sebab merekalah negara kita bebas," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan