Belanjawan 2013: Pengendali Pusat & Akademi Sukan Akan Nikmati Rebet Cukai

Diterbitkan: Sabtu, 4 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ibu bapa atlet, pengendali atau akademi pusat sukan akan menikmati pelepasan cukai jika kertas cadangan Kementerian Belia dan Sukan diluluskan.

Timbalan Menterinya, Senator Gan Ping Sieu berkata, dalam usaha untuk memupuk budaya sukan di negara ini, kementerian telah mencadangkan rebet cukai sebanyak RM1,000 untuk seorang anak setiap tahun dalam Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan 28 September ini.

"Kami mahu menggalakkan ibu bapa untuk membenarkan anak mereka terlibat dengan sukan. Kami mencadangkan bahawa ibu bapa yang menghantar anak mereka berusia di bahawa 18 tahun mendapat latihan khusus dalam apa jua bidang sukan mendapat potongan cukai RM1,000 bagi seorang anak setiap tahun," katanya.

Gan ditemui pemberita selepas merasmikan kejohanan Bola Keranjang Jemputan Antarabangsa SP Setia di sini, Jumaat.

Beliau berkata, kanak-kanak tersebut akan menjalani latihan dengan beberapa jurulatih dan akademi terpilih yang diiktiraf oleh Pesuruhjaya Sukan atau Majlis Sukan Negara (MSN).

"Kami akan mengenal pasti badan atau agensi yang akan mengesahkan sebuah akademi atau jurulatih kerana kita mahu menghalang pengelakkan dan penyalahgunaan cukai," katanya.

Gan berkata, jurulatih itu sendiri perlu menjalani latihan dan menerima kelayakan bersesuaian untuk memastikan standard kejurulatihan berada pada tahap tertinggi.

Mengulas mengenai kapasiti pembangunan infrastruktur sukan, Gan berkata kementeriannya telah mencadangkan kepada Kementerian Kewangan bahawa pusat dan akademi sukan berhak mendapat pengecualian cukai sebanyak 70% seperti yang dinikmati sekolah-sekolah swasta dan antarabangsa.

Dalam Belanjawan 2012, sekolah-sekolah swasta dan antarabangsa menerima potongan cukai sebanyak 70% untuk lima tahun.

"Pusat dan akademi sukan yang menawarkan latihan boleh menikmati rebet cukai sebanyak 70% supaya syarikat swasta akan melabur lebih banyak dalam kemudahan sukan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan