Syabas Akan Lancar Operasi Pemotongan Bil Tertunggak

Diterbitkan: Jumaat, 3 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menasihatkan penggunanya di Lembah Klang dan Selangor untuk membuat bayaran bil air tertunggak dengan kadar segera kerana operasi terhadap bayaran bil tertunggak sedang dijalankan sepanjang bulan ini.

Operasi itu yang bermula Rabu lepas, dijalankan di semua kawasan di Lembah Klang dan Selangor termasuk wilayah Hulu Langat, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Petaling, Sepang dan Sabak Bernam, menurut Syabas dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Syarikat itu menjelaskan, tindakan pemotongan bekalan air akan dikenakan kepada pengguna yang gagal untuk menjelaskan bil tertunggak dan untuk pemasangan semula perkhidmatan, pengguna akan dikenakan caj pemotongan RM25 dan caj penyambungan semula RM25.

Menurutnya, caj yang dikenakan bukan suatu denda atau penalti tetapi caj tersebut adalah caj tetap perkhidmatan untuk pemotongan dan penyambungan semula bekalan air yang dikenakan oleh Syabas kepada pengguna.

Para pengguna Syabas boleh membuat bayaran di kaunter pejabat Wilayah Syabas dan agensi-agensi yang dilantik secara sah seperti Bank Simpanan Nasional Bhd, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Telekom Malaysia Berhad.

Pengguna Syabas boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelangan Syabas, Puspel di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)dengan menaip PUSPEL <aduan atau pertanyaan> dan hantar ke 39222. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan