Rebet Tol Menarik Sempena Aidilfitri

Diterbitkan: Jumaat, 3 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna lebuh raya dijangka menikmati rebat tol yang menarik sempena sambutan Aidilfitri ini.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ismail Md Salleh berkata pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat oleh Menteri Kerja Raya dalam masa terdekat.

"Setiap tahun kita berbincang dengan rakan kongsi kita untuk memberi diskaun atau rebat kepada pengguna terutama semasa dan sebelum raya serta untuk hari merdeka.

"Berapa banyak (diskaun)? Menteri kami akan buat pengumuman, namun saya beri jaminan kali ini lebih baik berbanding tahun lepas kerana kita meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-55 yang menjadikan tahun ini istimewa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen 'Panadol Be Prepared', di sini Jumaat.

Dianjurkan GlaxosmithKline Consumer Healthcare, kempen itu dijalankan secara bersama dengan Touch 'n Go yang mengagihkan 50,000 kad Touch 'n Go bernilai RM10 di plaza tol terpilih serta peruncit di seluruh negara sejak 1 Ogos.

Ismail berkata LLM juga meneliti semula langkah keselamatan menjelang perayaan, yang diharapkan siap minggu depan.

"Setiap musim perayaan kita melakukan persediaan rapi. Kali ini kami jangka jumlah trafik yang tinggi sehari dua sebelum 18 Ogos, selepas raya hingga ke akhir bulan memandangkan jarak sambutan Aidilfitri dan hari merdeka adalah dekat," katanya.

Beliau turut menasihati pengguna lebuh raya agar mematuhi arahan dan garis panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa lebuh raya bagi mengelakkan kesesakan teruk pada musim perayaan ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan