Program Sekolah Dalam Hospital Diusul Diperluas Ke Seluruh Negara

Diterbitkan: Jumaat, 3 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Projek Hati Nurani akan mengusulkan kepada kementerian berkenaan agar program Sekolah Dalam Hospital (SDH) diperluas ke seluruh negara susulan kejayaan projek perintis di tiga hospital.

Isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman yang juga penaung projek, berkata sejak diperkenal Julai tahun lepas, 6,550 pelajar mendapat manfaat daripada SDH yang dilaksana di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang dan Hospital serdang.

"Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini sahaja seramai 5,371 murid menghadiri SDH, sama ada di dalam bilik darjah khas atau melalui kunjungan guru-guru SDH di katil wad masing-masing, bagi tempoh pembelajaran mulai pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan dari 2 hingga 4 petang.

"Perkembangan SDH di ketiga-tiga hospital yang meliputi kira-kira 10 bulan persekolahan, iaitu bagi tempoh Julai hingga Oktober 2011, dan Januari hingga Jun tahun ini mencatat jumlah penyertaan murid yang sangat memberangsangkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat SDH di Hospital Ampang dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada pesakit kanak-kanak di wad paediatrik hospital itu sempena sambutan ulang tahun pertama lokasi perintis SDH.

SDH yang dilaksana dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan merupakan ilham Norainee bagi membantu menyediakan pendidikan secara formal dan berstruktur kepada pelajar dan kanak-kanak yang dirawat di hospital.

Program itu berbeza dengan sekolah biasa kerana berasaskan 'fun learning' iaitu pembelajaran secara santai dan menyeronokkan.

Norainee berkata SDH Serdang mecatatkan bilangan murid prasekolah tertinggi dengan 328 orang bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

SDH Hospital Kuala Lumpur pula mencatat bilangan murid sekolah rendah tertinggi dengan 1,730 murid, dan SDH Ampang mencatat kemasukan pelajar sekolah menengah tertinggi dengan 855 orang bagi tempoh yang sama. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan