MCA Kedah Kekal Tanding Dua Kerusi Parlimen, Empat DUN

Diterbitkan: Jumaat, 3 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: MCA Kedah kekal bertanding di dua kerusi parlimen dan empat kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13, kata Naib Presiden MCA Datuk Seri Chor Chee Heung.

Katanya keputusan itu dibuat Barisan Nasional (BN) yang setakat ini memperuntukkan kerusi parlimen Alor Setar dan Padang serai, serta DUN Kota Darul Aman, Kulim, Bakar Arang dan Gurun.

Semua kerusi terbabit ditandingi MCA pada pilihan raya umum 2008, katanya kepada pemberita, di sini Jumaat.

"Saya percaya kalau ada pertukaran kerusi antara Umno dan MCA, kita serahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi BN untuk berbincang," katanya yang ditemui pada majlis penyampaian sumbangan kepada badan bukan kerajaan (NGO).

Chor yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata jika ada pertukaran mungkin membabitkan kerusi parlimen Padang Serai.

Pada 2008, MAC kehilangan kerusi Padang Serai kepada Parti Keadilan Rakyat dan tiga kerusi DUN kecuali Gurun yang dimenangi Dr Leong Yong Kong. Chor pula berjaya mempertahankan kerusi parlimen Alor Setar.

Terdahulu Chor menyampaikan sumbangan kepada tujuh NGO, 85 penerima bantuan kecemasan dan 40 penerima bantuan Program Sentuhan Hati Parlimen Alor Setar, dengan jumlah keseluruhan RM121,670. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan