Malaysia Tidak Akan Dilanda Taufan Tropika Saola

Diterbitkan: Jumaat, 3 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Taufan Tropika Saola yang melanda perairan Filipina baru-baru ini tidak akan melanda Malaysia, khususnya Sabah dan Sarawak, kerana pergerakannya menghala ke arah Taiwan, Vietnam dan China.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Dr Yap Kok Seng berkata taufan itu juga tidak akan memberi kesan yang banyak kepada Malaysia dan hanya menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Sabah.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora diramalkan akan berterusan sehingga Ahad ini," katanya.

Selain itu, katanya taufan itu juga mungkin menyebabkan keadaan cuaca menjadi lebih panas dan kering.

Menurut laporan media, taufan yang melanda Filipina pada 30 Julai lepas meragut sekurang-kurangnya 23 nyawa manakala di Taiwan pula bencana itu mengakibatkan empat maut pada Khamis.

Dalam pada itu, Yap tetap menasihati nelayan dan orang ramai agar mengikuti perkembangan terkini keadaan laut dan cuaca kerana keadaan sebenar sukar diramal dengan tepat.

Jabatan ini akan mengeluarkan amaran berkaitan angin kencang dan laut bergelora dari semasa ke semasa menerusi laman sesawangnya dan hebaha media massa, katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini cuaca menerusi laman sesawang www.met.gov.my atau menghubungi talian 03-79678116 atau 03-79678000 yang beroperasi 24 jam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan