Ketua Polis Pulau Pinang Gesa Anggota Ubah Cara Kerja

Diterbitkan: Jumaat, 3 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin (tengah) menyaksikan majlis penyerahan tongkat kuasa antara Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob (kiri) kepada penggantinya Datuk Abd Rahim Hanafi di George Town, Jumaat.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin (tengah) menyaksikan majlis penyerahan tongkat kuasa antara Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob (kiri) kepada penggantinya Datuk Abd Rahim Hanafi di George Town, Jumaat.

GEORGE TOWN: Ketua Polis Pulau Pinang yang baru, Datuk Abd Rahim Hanafi berkata beliau mahukan anggota polis berubah dalam menjalankan tugas dengan menjadi orang yang lebih prihatin terhadap kehendak masyarakat.

Beliau berkata, cara bekerja anggota polis perlu berubah memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat seterusnya memastikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kekal menjadi agensi relevan dalam menjaga keharmonian rakyat.

"Saya menggesa setiap anggota bersikap telus dan lebih fokus terutama ketika melaksanakan tugas dalaman termasuk meningkatkan kualiti penyediaan kertas siasatan, membuat klasifikasi kes secara menyeluruh berdasarkan laporan yang diterima, bertindak lebih efisien dan mengamalkan semangat kerja berpasukan," katanya.

Abd Rahim berkata anggota polis harus mempunyai intigriti tinggi supaya imej polis juga turut dipandang tinggi oleh rakyat semua.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis serah dan terima tugas Ketua Polis Pinang di sini Jumaat.

Abd Rahim memulakan tugas sebagai Ketua Polis negeri hari ini menggantikan Datuk Wira Ayub Yaakob yang dilantik sebagai Ketua Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Bukit Aman, khusus dalam menangani isu keselamatan negara. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan